Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Fizz Fairuz buat laporan polis terhadap Makcik Puaka

Selepas tujuh hari memberi tempoh permohonan maaf kepada pengendali akaun gosip Makcik Puaka atas tuduhan menyebar fitnah terhadapnya, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengambil tindakan lanjut membuat laporan polis petang tadi.

Laporan itu dibuat Fizz di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk membawa pihak tersebut ke muka pengadilan selepas pengendali akaun itu gagal memunculkan diri seperti dituntutnya pada 7 April lalu.

Sebelum itu, Fizz, 39, melanjutkan tempoh untuk individu itu membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam pada Isnin lalu, namun pemilik akaun berkenaan masih gagal berbuat demikian.

“Saya minta dia buat permohonan maaf secara terbuka tetapi dia gagal. Dia ada menghantar mesej  kepada saya di Instagram untuk meminta maaf. Tetapi itu bukan permohonan maaf yang saya mahukan,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga telah meninggalkan nombor telefon kepada individu itu supaya memudahkan urusannya untuk membuat permohonan maaf.

“Saya beri nombor telefon sekiranya dia berhasrat berjumpa dengan saya secara peribadi. Tetapi semua itu hanya sia-sia kerana dia langsung tidak menghubungi saya,” katanya.

Terdahulu, akaun hiburan itu telah memuat naik satu berita yang memberi gambaran bahawa pelakon itu adalah individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat ketika bercuti di sebuah pulau di Terengganu seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Justeru, Fizz menyerahkan kes tersebut kepada pihak peguam termasuklah urusan memfailkan saman fitnah ke atas pengendali akaun Makcik Puaka.

Sumber - Kosmo ONLINE

"Makilah, hamunlah..." - Lan Pet Pet mahu jumpa Yahya sebab...

Pelawak, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet mahu mencari masa sesuai untuk bersemuka dan memohon maaf daripada pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, yang dikasari dalam insiden mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Mengaku kesalahan dibuat, Mazlan, 49, sanggup berhadapan Yahya dan menerima apa sahaja reaksi pengawal keselamatan itu.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja... Saya silap dan bodoh ketika itu.

“Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf.

“Selebihnya terserahlah kepada Yahya... Saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, anggota kumpulan lawak, Senario itu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul pengawal keselamatan berkenaan.

Lan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.

Mazlan mengaku melakukan kesalahan itu di Acacia Park Desa Jati, Nilai, pada 6 April lalu. Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu kemudian membayar denda, tengah hari tadi.

Mazlan berkata, dia tidak menjangka insiden itu berlaku dan pantas viral.

“Saya tidak sengaja bertindak sedemikian. Saya hanya manusia biasa, tidak lepas daripada melakukan kesilapan,” katanya.

Mazlan berkata, dia menghormati Yahya seperti ayahnya.

“Bagaimanapun, salah faham yang berlaku membuatkan saya tidak sengaja bertindak di luar batasan.

“Apa yang berlaku, biarlah saya simpan dalam hati. Saya belum bersedia mahu berkongsi, berikan saya tempoh untuk bertenang dahulu.

“Ketika ini, fikiran saya serabut, banyak urusan yang kena selesaikan... Saya perlukan masa.

“Saya berjanji akan meleraikan kekusutan ini dengan segera. Keluarga dan rakan baik juga menasihatkan saya bertemu dengan Yahya,” katanya.

Pelawak kelahiran Kedah itu berkata, dia banyak belajar daripada kesilapan itu.

“Saya berjanji kesilapan yang sama tidak akan berulang dalam hidup saya. Makilah, hamunlah... Saya terima dengan reda.

“Saya mohon maaf dengan hati yang ikhlas,” katanya.


Sumber: Berita Harian / Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Saya bagi tempoh sampai malam ini - Fizz Fairuz

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz, 40, memberi masa kepada pengendali akaun Instagram @makcikpuaka agar membuat permohonan maaf kepadanya secara lisan dan berdepan sehingga tengah malam ini jika mahu identitinya terus dirahsiakan.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin, berkata permohonan maaf yang dibuat oleh akaun Instagram itu sebelum ini tidak memadai dengan tuduhan fitnah yang dibuat terhadapnya.

“Memang akaun tersebut ada membuat permohonan maaf menerusi Instastory minggu lalu tetapi saya sudah nyatakan,  mahu secara lisan atau bertemu secara empat mata.

“Tidak kisah kalau dia buat secara peribadi tetapi saya mahu dengar sendiri dia minta maaf. Dia boleh telefon atau datang jumpa saya, janji sebelum tengah malam ini,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Star Vendors 2019 di Pusat Dagangan Putra Antarabangsa sebentar tadi.

Tambah pelakon itu, jika permintaannya tidak dipenuhi, dia akan mengadakan sidang akhbar  pada 16 April(Selasa) bagi mendedahkan identiti individu di sebalik akaun @makcikpuaka

“Saya kalau boleh tidak mahu membuka aib sesiapa jadi saya masih bagi peluang untuk individu itu minta maaf secara peribadi.

“Jika dia enggan, saya tidak akan bertolak ansur lagi selepas ini,” tegasnya.

Terdahulu, akaun menyebarkan fitnah apabila menggambarkan lelaki bergelar Datuk Seri yang  ditangkap khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini sebagai Fizz Fairuz.

Sumber - Kosmo ONLINE

"Pakcik kena bedal sampai..." - Lan Pet Pet didenda RM2k, tapi ini respons Pak Yahya

Pengawal keselamatan Acacia Park Desa Jati, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mengenakan denda sebanyak RM2,000 keatas pelawak terkenal Lan Pet Pet kerana memukulnya pada 6 April lalu.

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu denda yang dikenakan keatas Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, itu kerana kecederaan yang dialaminya dalam kejadian tersebut agak teruk.

"Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

"Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu keatas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, katanya, dia menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Sumber - Kosmo ONLINE

Tegar Artis Pertama Didenda RM300. Tiada Nasihat Atau Amaran!

PENYANYI remaja dari Indonesia, Tegar Septian yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang menjadi artis luar negara pertama yang didenda kerana merokok di kawasan tidak dibenarkan.

Pengurusnya di Malaysia, Ayob Abd Majid berkata, Tegar, 17, ditahan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan ketika sedang merokok berhampiran sebuah kafe di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang pada Rabu lalu.

“Tegar datang ke Pendang, Kedah bagi memenuhi undangan menjayakan persembahan untuk program Pesta Orkid Dan Flora pada malam Selasa lalu.

“Keesokkannya (Rabu) dia mahu bertolak pulang ke Subang, Jakarta Barat dan sementara menunggu masa perlepasan, dia merokok di luar kawasan (LTABL) situ.

“Dahulunya ia zon dibenarkan merokok tapi rupa-rupanya premis (kafe) itu kini adalah zon larangan merokok menyebabkan Tegar didatangi anggota penguat kuasa yang mengeluarkan saman,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ayob, ketika itu dia sedang menguruskan ‘check in’ Tegar dan dia tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada artis berkenaan dalam keadaan panik kira-kira jam 12 tengah hari.

“Dia menghubungi saya dan beritahu nak jumpa kerana mahukan pasportnya. Daripada suaranya, saya pasti dia berdepan masalah.

“Tegar kemudian datang berjumpa saya di kaunter bersama penguat kuasa dan saman yang diterimanya,” katanya.

Ayob mengakui kesalahan yang dilakukan artisnya, namun kesal dengan sikap penguat kuasa mengendalikan kes terbabit yang didakwa langsung tidak mempunyai sikap bertolak-ansur.

“Salah memanglah salah, dan saya tak bermaksud nak bela Tegar. Cuma sebagai seorang remaja dan orang luar, anggota penguat kuasa ini sepatutnya berikan dia peluang dan nasihat, bukannya terus saman.

“Saya bercadang nak bawa perkara ini ke peringkat tertinggi iaitu Menteri Kesihatan kerana kecewa langsung tiada budi bicara daripada mereka.

“Tegar juga mengakui kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji takkan mengulangi lagi perkara ini. Dia memang tak tahu itu zon larangan merokok,” katanya.

Ayob berkata, denda berjumlah RM300 yang perlu dibayar oleh Tegar agak tinggi baginya dalam keadaan tawaran persembahan yang berkurangan.

“Saya keliru dengan kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mengatakan tiada tindakan undang-undang dikenakan selama enam bulan bagi tujuan mendidik masyarakat.

“Tapi bagaimana pula Tegar dikenakan denda tanpa sebarang nasihat atau amaran,” katanya.

Sumber: Harian Metro / Ridzuan Abdul Rahman
Gambar: kualalumpurviral.com

Ditahan Di Wad. Bapa Dedah Penyakit Sebenar Aiman Tino... Moga Cepat Sembuh!

KUALA LUMPUR - Bapa penyanyi Aiman Tino iaitu Yusry Iskhak memberitahu anaknya itu mengalami radang usus dan sehingga kini masih menerima rawatan di pusat perubatan swasta di Rawang sejak petang semalam.

Menurut Yusry, 49, keadaan Aiman bagaimanapun stabil dan doktor bertugas sudah melakukan pemeriksaan lanjut dengan memasukkan kamera ke dalam abdomennya untuk mengetahui lebih terperinci tentang apa yang dialaminya.

“Sekarang tunggu keputusan daripada makmal. Petang nanti, Aiman akan membuat imbasan ultrasound untuk mengesan secara lebih terperinci radang yang dihadapinya di bahagian usus.

“Sebelum ini, dia memang ada menunjukkan simptom sukar membuang air besar (sembelit). Kemudian, dia demam panas dan tekaknya pula bengkak,” ujar Yusry ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Yusry lagi, Aiman memerlukan rehat yang secukupnya dan akan hanya dibenarkan keluar dari hospital barangkali esok atau lusa.

“Minta doakan keadaan dia terus pulih seperti sedia kala. Dia sedang ‘mamai’ sekarang kerana banyak makan ubat. Apapun, doktor kata tiada apa yang perlu dirisaukan namun pemeriksaan lanjut perlu dilakukan agar perkara yang tidak diingini tidak terjadi,” katanya lagi.

Terdahulu, Pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Rawang selepas mengalami sakit dalam perut selain tekak bengkak kira-kira pukul 3 petang semalam.

Sumber - K! ONLINE

Takziah. Rupanya Ini Punca Kematian Pak Ngah, Innalillah

Innalillahiwainnailaihirojiun
KUALA LUMPUR - Pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, Batam, Indonesia pada pukul 3.15 petang hari ini.

Perkara itu disahkan oleh sumber terdekat daripada Pak Ngah Production, Abdul Rahman Mahadi ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

"Pak Ngah bertolak ke Batam pada Jumaat lepas atas urusan kerja dan Allahyarham ada mengadu tidak sedap badan pada malam Maghrib pada hari yang sama dan kemudian dihantar ke hospital.

"Setelah berada di sana, Allahyarham disahkan mempunyai kegagalan jantung dan kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bermula Jumaat hingga semalam," katanya.

Menurutnya, semasa dalam penerbangan balik, keadaan Pak Ngah sudah tidak stabil dan diarahkan oleh pasukan perubatan untuk berpatah balik ke Batam.

"Sepatutnya (saya) ambil beliau hari ini untuk hantar ke Hospital Tawakal KPJ, Kuala Lumpur, tetapi dimaklumkan beliau sudah tiada," katanya lagi.

Difahamkan jenazah akan dibawa dari Batam melalui feri pada pukul 8.00 pagi esok dan akan dikebumikan berhampiran kediamannya di Setapak di sini.

Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Datin Sharifah Mahani Syed Kasim dan seorang anak lelaki dan perempuan.

Nama Pak Ngah sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan terutama melalui penciptaan lagu-lagu Irama Malaysia dan pernah mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai komposer dan penulis lirik pertama yang layak dalam kategori Irama Malaysia apabila tiga lagunya dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu 1999. - Bernama

Sumber Kosmo

Hafiz tabah jalani rawatan

PENYANYI Hafiz Suip mengakui perlu akur dan reda menerima rawatan berterusan berikutan masalah tergelincir tulang belakang (slipped disc) dialaminya.

Hafiz, 28, berkata tiada apa yang boleh dilakukannya selain menjalani sesi rawatan itu beberapa kali dalam seminggu.

“Kecederaan disebabkan ‘slipped disc’ memang tiada penawarnya. Disebabkan itulah saya kena pergi menjalani fisioterapi dalam tiga kali seminggu untuk mengurangkan kesakitan.

“Rawatan itu memang akan berpanjangan dan saya terpaksa ‘hadap’ saja,” katanya sewaktu ditemui pada sesi uji bakat Mentor 7 di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Hafiz mendedahkan dia dinasihatkan doktor agar tidak mengangkat dan melakukan kerja berat termasuk mendukung anaknya, Muhammad Riyadh Zafri yang berusia sembilan bulan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Awan Nano berkenaan mula mengalami kecederaan tulang belakang sejak tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, Hafiz mengakui berdebar untuk menjadi mentor dalam program realiti nyanyian terbabit, namun sudah melakukan persiapan.

“Saya sangat berharap akan jumpa protege yang benar-benar berkualiti dan hanya tinggal digilap saja lagi. Syukur, saya sudah ada pasukan untuk membantu melancarkan sesi mempersiapkan protege saya nanti.

“Saya juga ada bertanya petua dan meminta bantuan daripada rakan artis yang pernah menjadi mentor termasuklah Hazama, Akim dan Misha Omar,” katanya.

Sumber HM
Gambar Awani

[UPDATE] Keadaan kesihatan Saleem membimbangkan

KUALA LUMPUR- Penyanyi popular yang juga vokalis kumpulan Iklim, Saleem Abd. Majeed, 56, berkemungkinan ditahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, bagi tempoh masa sebulan lagi bagi menjalani proses rawatan akibat kemalangan motosikal pada 20 September lalu.

Menurut isterinya, Julia Bachok, insiden yang menimpa suaminya kali ini amat membimbangkan keluarga kerana ia melibatkan kecederaan yang agak parah apabila tulang rusuk kanan yang retak telah menusuk paru-parunya.

“Buat masa sekarang, Saleem masih lagi ditidurkan kerana badannya belum mampu menerima kesakitan yang melampau akibat tusukan tulang kanan di bahagian paru-parunya.

“Menurut doktor yang merawat, keadaannya stabil tetapi masih belum boleh disedarkan daripada tidur. Saleem mungkin akan berada di hospital kira-kira sebulan tetapi saya berharap dengan berkat doa peminat dan orang ramai, beliau dapat sembuh lebih awal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Julia turut memberitahu bahawa sehingga kini dia dan keluarga masih tertanya-tanya bagaimanakah pelantun Bukan Aku Tak Cinta itu boleh terlibat dengan kemalangan kerana Saleem belum sedarkan diri.

“Jika sewaktu beliau dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di perut tahun lalu, Saleem masih boleh bercakap dan berbual jadi saya tahu keadaannya macam mana.

“Sekarang kami perlu menunggu luka di paru-parunya sembuh dan suami boleh dibangunkan daripada tidur untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku pada hari kemalangan,” tambahnya lagi.

Sumber - K! ONLINE

Rupanya ini sebab Wak Doyok sertai Parti AMANAH

TEMERLOH: Personaliti fesyen, Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) sempena sambutan ulang tahun ketiga parti itu, di sini, hari ini.

Penyertaannya dalam parti itu diumumkan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Keahlian parti itu.

Mohd Azwan, 39, berasal dari Klang, Selangor berkata dia sebelum ini adalah ahli PAS sejak 1997 dan menyertai AMANAH kerana tertarik dengan keterbukaan parti itu dalam memperjuangkan konsep Islam untuk semua.

“Saya juga berminat menyertai AMANAH selepas melihat ia menarik ramai golongan profesional sama ada Melayu dan bukan Melayu.

“Justeru, saya mahu bersama-sama melakukan pembaharuan terutama dalam perjuangan Islam yang memberi rahmat kepada semua,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Mohd Azwan yang juga pelakon dan usahawan, berkata antara perjuangannya adalah untuk memperkasakan ekonomi belia untuk ke satu tahap membanggakan dan memberi manfaat kepada orang muda pada masa hadapan.

“Saya adalah ikon Majlis Tindakan Ekonomi Belia Malaysia dan saya percaya dapat membantu dalam memperkasakan ekonomi orang muda menerusi AMANAH.

“Saya juga akan membantu parti menerapkan konsep perjuangan Islam untuk semua dengan mendidik masyarakat dalam aspek gaya hidup,” katanya.

Sumber BH

[UPDATE] Saleem kritikal, sedar dua kali - isteri

KAJANG: Keadaan penyanyi, Saleem, 56, dilaporkan kritikal selepas terbabit dalam kemalangan di Taman Mahkota Cheras, di sini, semalam.

Motosikal yang dinaiki penyanyi Suci Dalam Debu itu dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang menyebabkan dirinya tercampak.

Isterinya, Juriah Bachok, berkata keadaan Saleem parah, malah hanya sedar sebanyak dua kali, hari ini.

“Dua belas tulang rusuknya patah dengan satu daripadanya tercucuk pada paru-paru. Pemeriksaan doktor turut mendapati berlaku pendarahan pada otak kiri. Dua batang giginya juga patah dalam kejadian itu.

“Doktor terpaksa menebuk paru-paru Saleem untuk membolehkannya bernafas dengan oksigen.

“Semalam, ketika ambulans menghantarnya ke Hospital Kajang, suami masih boleh mengangkat tangan dan mengatakan ‘okay’, tetapi keadaannya menjadi kritikal tidak lama kemudian,” katanya kepada BH Online.

Menurut Juriah, suaminya ditempatkan di zon merah apabila pernafasannya mula tidak stabil dan diletakkan dalam keadaan koma.

“Sekitar jam 1 pagi, suami sedar, tetapi hanya tangan dan kaki yang digerakkan. Hari ini, keadaannya dilihat agak kritikal dan hanya dua kali dia sedar,” katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.

Juriah juga berkata, suaminya mampu membuka mata buat seketika selain menggerakkan bibir, tanpa mengeluarkan suara.

“Saya sedih melihat keadaan suami. Seumur hidup dia tidak pernah mendapat kecelakaan.

“Setiap kali sedar, Saleem mengalirkan air mata, mungkin menahan sakit yang teramat sangat. Apapun, saya dan keluarga reda ujian Allah ini.

“Saya mohon semua orang mendoakan agar Saleem cepat sembuh,” katanya.

Katanya, dia maklum mengenai kejadian menimpa suaminya selepas mendapat panggilan daripada orang awam sekitar jam 3.45 petang, semalam.

“Mujurlah suami masih dapat mengingati nombor telefon saya dan meminta orang yang membantunya menghubungi saya.

“Mulanya, saya mahu ke tempat kejadian, tetapi diberitahu ambulans sudah membawa suami ke Hospital Kajang, jadi saya terus ke sana.

“Saya dan anak-anak terkejut melihat keadaan suami yang sudah menggunakan oksigen untuk membantu pernafasannya ketika dalam ambulans,” katanya yang kini berusaha untuk membawa suaminya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber BH

‘Kesian Anak-anak Tengah Tengok TV Tiba-Tiba’ – Sharifah Shahora Kongsi Rumah Ada Gangguan


MH pasti ada di antara korang yang pernah mengalami gangguan mistik kan? Namun begitu mungkin juga gangguan yang dirasakan itu adalah mainan perasaan sendiri.

Baru-baru ini, MH tertarik dengan perkongsian daripada pelakon senior popular, Sharifah Shahora yang berkongsi tentang anak-anaknya ‘diganggu’ ketika berada di rumah.

Menurutnya sebelum ini anak-anaknya pernah diganggu di tingkat atas apabila mendengar nama mereka dipanggil tapi kali ini anak-anaknya diganggu lagi ketika sedang menonton TV.

Katanya, ketika anak-anaknya menonton TV kedengaran bunyi suis dipetik, bunyi remote dan kipas berpusing sendiri secara tiba-tiba.

Aduh seram sejuk pula MH selepas membaca perkongsian daripada pelakon ini.

Menerusi perkongsian terbarunya pula, Shahora telah memuat naik video anaknya membaca ayat Kursi.

Kata pelakon ini, dia mengajar anaknya untuk membaca ayat Kursi tersebut jika berasa seram ketika duduk di rumah.

“Sorotan cerita semlm..

Walaupun bacaan ada salah sana sini..nanti ustazah sharifah shahora betulkan.. .

Buat masa ni kalau ada bunyi bunyi dlm rumah kalau seram ustazah suruh baca ni. Jangan lari.. .

Walaupun dia ni lemah lembut mcm ustazah tapi dia berani. Video ni dia tak kasi tunjuk muka sbb takut glamer mcm ustazah nanti 😀.

Dia tak mcm ustazah suka upload upload gambar.

#mybabygirl,” tulis statusnya pada video yang dikongsi.

Sempat juga MH meninjau ruang komen perkongsiannya dan terdapat satu komen balas daripada Shahora, dia mengatakan bahawa rumah yang bersebelahan dengan kediamannya itu sudah tidak berpenghuni lebih dari 10 tahun.

Sumber: Facebook Sharifah Shahora via MH

Anne Ngasri Mengaku Terpaksa Buka HIJAB, DEMI Tawaran TINGGI

Tak Sangka! Keputusan Mengejutkan Alina Lepas Berjaya Menang Tempat Ke-3 Mentor Otai...


PETALING JAYA: Protege kepada Siti Sarah iaitu Alina enggan meneruskan kerjaya seninya sebagai seorang penyanyi seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini kerana faktor usia.

Alina atau nama sebenarnya Alina Hassan, 50, berkata dia ingin memberi tumpuan kepada perniagaan perkhidmatan pembersihan berbanding menumpukan perhatian dalam bidang seni secara sepenuh masa.

"Saya rancangan nak beli sebuah van dengan hasil daripada wang kemenangan yang saya dapat itu.

"Nak buat bisnes dalam perkhidmatan pembersihan. Saya tak nak teruskan kerjaya sebagai penyanyi. Nak tumpukan pada perniagaan itu sahaja.

Alina mahu fokus pada bisnes perkhidmatan pembersihan.

"Mungkin disebabkan faktor usia saya dah tidak sesuai untuk berada di dalam industri seni," kata Alina kepada mStar Online.

Alina mendapat tempat ketiga pada malam akhir Mentor Otai yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.

Dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Bagaimanapun, Alina hanya akan menerima tawaran mengadakan persembahan di majlis-majlis dengan menyanyikan lagu penyanyi lain.

"Kalau ada tawaran untuk saya membuat persembahan di mana-mana acara atau majlis, mungkin saya akan terima.

"Tapi saya tidak akan mengeluarkan single atau lagu sendiri. Mungkin saya akan menyanyikan lagu penyanyi-penyanyi lain yang sedia ada," ujarnya.

Dalam pada itu, Alina yang merupakan bekas juara Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 pada tahun 1996 berpuas hati dengan prestasi persembahannya di program realiti tersebut.

"Saya berpuas hati kalau Siti Sarah pun turut rasa bangga dengan saya. Sebab apa yang saya buat adalah kerana dia.

"Kalau dia rasa okey, saya pun ikut sahaja. Apa-apa saya ingin berterima kasih dengan dia yang banyak membantu sepanjang dalam program ini," katanya.

Mentor Otai dijuarai oleh protege kepada Misha Omar, Elvira dan Azee (Zarul Husin) mendapat tempat kedua manakala tempat keempat adalah milik AJ (Tam Spider).

Sumber MSTAR

Dua minggu berlakon dalam keadaan sakit, akhirnya Hairul Azreen jalani pembedahan


PELAKON Hairul Azreen menanggung kesakitan selama hampir dua minggu ketika penggambaran filem Paskal akibat patah tulang jari pada tangan kanannya.

Hairul berkata, dia merahsiakan tentang kecederaan yang dialaminya kerana enggan menyusahkan ramai pihak termasuk produksi.

"Tulang saya patah! pada 9 Mac lalu, saya shooting filem Paskal dalam keadaan cedera, produksi dan pengarah suruh saya rehat tapi saya tidak mahu.

"Sampailah 27 Mac saya rasa tangan makin teruk dan saya ambil keputusan untuk buat pembedahan. Hari ini bedah esok saya sudah boleh berlakon balik, doktor dan produksi hanya geleng kepala," ujarnya.

Hairul mendedahkan perkara itu di laman sosial Instagramnya malam Isnin.

Suami kepada aktres Hanis Zalikha ini berkata, dia tidak mahu disebabkan kecederaan itu, penggambaran filem tersebut ditangguhkan.

"Selama ni saya tak post cerita saya patah, sebab takut shooting ini ditangguhkan dan tak nak susahkan orang ramai. Sekarang sudah balik Kuala Lumpur dan penggambaran hanya tinggal di Morocco dan Turki sahaja," katanya.

Hairul berkata, ia juga menjadi pengalaman pertama dalam hidupnya mengalami kecederaan patah tulang.

Filem khas Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diarahkan oleh Adrian Tan menjalani penggambaran di Lumut, Perak; Semporna, Sabah dan Mahgribi pada bulan depan.

Ia turut menampilkan pelakon seperti Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Sumber MSTAR

Prof Muhaya Hadiahkan Fazura Tudung, Tengok Doa Beliau Buat Fazura...Pasti Korang Sayu

Jangan Malukan Keluarga... - Farah Nabilah Ingat Pesan Orang Tua

14 hari je, nama suami dah busuk - mengaku bersalah atas nasihat peguam, Salma luah perasaan sebenar!

Netizen Mengalir Air Mata Baca Luahan Hati Isteri Lan Solo Tentang Suaminya, Sedih!

Padu Habis Suara Shuib Sepahtu Duet Dengan Salem IKLIM!