"Makilah, hamunlah..." - Lan Pet Pet mahu jumpa Yahya sebab...

"Makilah, hamunlah..." - Lan Pet Pet mahu jumpa Yahya sebab... - Salam/Hi sahabat Kini Press, Dalam perkongsian kali ini bertajuk [ "Makilah, hamunlah..." - Lan Pet Pet mahu jumpa Yahya sebab... ], kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Artikel Hiburan, Artikel Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video atau baca artikel berita berkenaan.

Tajuk : "Makilah, hamunlah..." - Lan Pet Pet mahu jumpa Yahya sebab...
Link Video/Artikel/Berita : "Makilah, hamunlah..." - Lan Pet Pet mahu jumpa Yahya sebab...

---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---

About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Baca juga


"Makilah, hamunlah..." - Lan Pet Pet mahu jumpa Yahya sebab...

Pelawak, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet mahu mencari masa sesuai untuk bersemuka dan memohon maaf daripada pengawal keselamatan, Yahya Manap, 68, yang dikasari dalam insiden mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.

Mengaku kesalahan dibuat, Mazlan, 49, sanggup berhadapan Yahya dan menerima apa sahaja reaksi pengawal keselamatan itu.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf daripada Yahya dan keluarga. Saya ikhlas dan sanggup berhadapan apa sahaja... Saya silap dan bodoh ketika itu.

“Saya sanggup berhadapan Yahya dan keluarganya. Apa yang lebih penting, saya dapat bertemu, meleraikan kekusutan dan memohon maaf.

“Selebihnya terserahlah kepada Yahya... Saya terima dengan hati terbuka,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, anggota kumpulan lawak, Senario itu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku salah memukul pengawal keselamatan berkenaan.

Lan mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.

Mazlan mengaku melakukan kesalahan itu di Acacia Park Desa Jati, Nilai, pada 6 April lalu. Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu kemudian membayar denda, tengah hari tadi.

Mazlan berkata, dia tidak menjangka insiden itu berlaku dan pantas viral.

“Saya tidak sengaja bertindak sedemikian. Saya hanya manusia biasa, tidak lepas daripada melakukan kesilapan,” katanya.

Mazlan berkata, dia menghormati Yahya seperti ayahnya.

“Bagaimanapun, salah faham yang berlaku membuatkan saya tidak sengaja bertindak di luar batasan.

“Apa yang berlaku, biarlah saya simpan dalam hati. Saya belum bersedia mahu berkongsi, berikan saya tempoh untuk bertenang dahulu.

“Ketika ini, fikiran saya serabut, banyak urusan yang kena selesaikan... Saya perlukan masa.

“Saya berjanji akan meleraikan kekusutan ini dengan segera. Keluarga dan rakan baik juga menasihatkan saya bertemu dengan Yahya,” katanya.

Pelawak kelahiran Kedah itu berkata, dia banyak belajar daripada kesilapan itu.

“Saya berjanji kesilapan yang sama tidak akan berulang dalam hidup saya. Makilah, hamunlah... Saya terima dengan reda.

“Saya mohon maaf dengan hati yang ikhlas,” katanya.


Sumber: Berita Harian / Raja Nurfatimah Mawar Mohamed