Tulang dijumpai di Gua Kandu sah tulang manusia - Polis

Tulang dijumpai di Gua Kandu sah tulang manusia - Polis - Salam/Hi sahabat Kini Press, Dalam perkongsian kali ini bertajuk [ Tulang dijumpai di Gua Kandu sah tulang manusia - Polis ], kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Artikel Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video atau baca artikel berita berkenaan.

Tajuk : Tulang dijumpai di Gua Kandu sah tulang manusia - Polis
Link Video/Artikel/Berita : Tulang dijumpai di Gua Kandu sah tulang manusia - Polis

---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---

About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Baca juga


Tulang dijumpai di Gua Kandu sah tulang manusia - Polis

Polis mengesahkan serpihan tulang yang dijumpai di Gua Kandu, Gopeng, Perak pada Sabtu ialah tulang manusia.

Pengesahan awal itu adalah hasil bedah siasat terhadap serpihan tersebut di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata spesimen darah salah seorang ahli keluarga peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf Hassan, telah diambil untuk ujian Asid Deoksiribonukleik atau DNA.

“Serpihan tulang bersama spesimen darah tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya bagi tujuan perbandingan DNA.

“Keputusan ini dibuat untuk memperlihatkan perkaitan di antara penemuan tulang ini dengan kes kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau Acap memandangkan lokasi tulang ini dijumpai dalam radius atau lingkungan kawasan pencarian dan juga berhampiran dengan trek perlumbaan GUT 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di pejabatnya di Kampar pada Selasa.

Menurutnya, keputusan ujian DNA itu dijangka diketahui dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak polis akan berusaha untuk mendapatkan keputusan itu lebih awal daripada itu.

Dalam pada itu, beliau berkata operasi mencari Mohammad Ashraf masih diteruskan oleh orang kampung dalam skala yang lebih kecil.

Sumber: Astro Awani

This Is The Newest Post