Showing posts with label Global. Show all posts
Showing posts with label Global. Show all posts

12 budak diraba, diliwat, diserang secara seksual

SUKABUMI - INDONESIA. Seramai 12 kanak-kanak lelaki dan perempuan menjadi mangsa pedofilia di Sukabumi, Jawa Barat.

Perbuatan suspek dikenali sebagai DAD berusia 45 tahun itu terbongkar selepas salah seorang keluarga mangsa membuat laporan kepada polis.

"Empat budak dikasari, empat diraba dan empat lagi yang lain diliwat oleh pelaku. Kesemua mereka menjadi mangsa serangan seksual. Majoriti mangsa adalah budak lelaki. Insiden itu berlaku Mac hingga April lalu," kata jurucakap pihak berkuasa, Nasriadi, semalam.

Perbuatan jahat DAD didedahkan salah seorang mangsa yang masih menuntut di kelas 2 SD (sekolah dasar) berpindah sekolah.

"Mangsa mengaku takut ke sekolah lama kerana kerap menjadi sasaran pencabulan DAD. Suspek yang juga penganggur tinggal berhampiran kira-kira 200 meter dari sekolah mereka. Ketika pindah sekolah, mangsa menjadi murung dan mengadu sakit ketika buang air besar. Selepas didesak beberapa kali, budak lelaki itu akhirnya mengaku dicabul," jelasnya lagi.

Beberapa jiran suspek mendakwa DAD mengalami masalah jiwa, namun ujian kesihatan mental dilakukan ke atasnya mendapati dia mengalami masalah penyimpangan orientasi seksual. - Agensi

Sumber SH

Peminat bola sepak mati dipukul penyokong lawan

BANDUNG: Puluhan individu ditahan, selepas sekumpulan penyokong daripada pasukan lawan memukul seorang peminat bola sepak Indonesia sampai mati menggunakan batang besi dan kayu, kata polis, hari ini.

Insiden membawa maut itu berlaku, sebelum satu perlawanan antara kelab tuan rumah, Persib Bandung dan Persija Jakarta. Kedua-dua kelab itu adalah seteru sengit dalam liga profesional tertinggi di Indonesia.

Peminat kelab Persija Jakarta, Haringga Sirla, 23, maut selepas dipukul sekumpulan penyokong Bandung di luar stadium utama di bandar Bandung yang terletak 150 kilometer di tenggara Jakarta.

Sejak insiden itu, 16 orang sudah ditahan kerana mempunyai kaitan dengan serangan, kata polis.

Menurut penganalisis bola sepak, Akmal Marhali, kes itu adalah kematian ke tujuh membabitkan perlawanan antara kedua-dua kelab terbabit, sejak 2012.

Katanya, Sirla adalah mangsa peminat bola sepak ke-70 yang maut dalam keganasan ketika perlawanan. - AFP

Sumber BH

Guna tandas terlalu lama, lelaki dipukul sehingga mati

Gara-gara menggunakan tandas awam terlalu lama, seorang lelaki dibelasah sehingga mati dalam kejadian di kawasan miskin di Wadala, MUMBAI - INDIA.

Polis berkata, mangsa dikenali sebagai Fulchand Yadav dipukul seorang lelaki yang gagal mengawal emosi selepas menunggu terlalu lama untuk menggunakan tandas tersebut.

Menurut saksi, tertuduh Shakir Ali Shaikh memarahi mangsa sehingga membawa pertengkaran, namun ia dileraikan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

"Tertuduh gagal mengawal emosi dan mengekori mangsa sebelum bertindak memukulnya berulang kali.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu mangsa dan menghantarnya ke hospital.

"Namun mangsa meninggal dunia sebelum menerima sebarang rawatan," kata polis. - Agensi

Sumber SH

Malaysia ubah hukuman mati 3 warga Mexico

MEXICO CITY: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengubah hukuman ke atas tiga beradik warga Mexico yang dijatuhi hukuman gantung kerana jenayah mengedar dadah, kata Mexico.

Sultan Ibrahim mengubah hukuman mati ke atas banduan terbabit kepada hukuman penjara seumur hidup selepas bertahun-tahun di lobi oleh diplomat Mexico, kata kementerian luar negeri Mexico, kelmarin.

“Ini adalah hasil daripada proses yang panjang dan dialog terperinci dengan pihak berkuasa persekutuan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga beradik Simon, Luis Alfonso dan Jose Regino Gonzalez Villarreal ditangkap dalam satu serbuan di sebuah makmal methamphetamine di Johor pada Mac 2008.

Mereka yang berasal dari negeri Sinaloa, Mexico mengaku tidak bersalah dengan alasan mereka diupah untuk membersihkan bangunan berkenaan tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di dalamnya.

Mahkamah Malaysia menjatuhkan hukuman mati pada Mei 2012. Sabitan itu ditangguhkan selepas permohonan rayuan pada tahun berikutnya. - AFP

Sumber BH

Jenazah Dr. Fadi Dihalang Masuk Gaza


Jenazah Dr. Fadi Dihalang Masuk Gaza| Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman telah mengarahkan penguat kuasa Mesir untuk menghalang jenazah imam dan pensyarah Palestin di Malaysia, Dr. Fadi M. R. Albatsh, daripada dibawa pulang ke Gaza.

Lapor Palestine News Network semalam, Lieberman menyatakan bahawa, dia “telah membuat satu permohonan mengenai perkara ini melalui kaedah konvensional”, sambil menambah bahawa permintaannya itu relevan kerana sempadan Rafah dikawal oleh kedaulatan Mesir.

Lieberman turut berkata, bahawa rejim Israel sedang melaksanakan polisi baru yang melarang kemasukan jenazah pejuang gerakan Hamas untuk dikebumikan di Gaza.

Menurut laporan itu, Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennett juga pada hari Sabtu berikrar untuk menghalang Hamas daripada membawa tubuh Fadi kembali ke Gaza untuk dikebumikan kecuali Hamas mengembalikan tentera Israel yang ditahan di Gaza.

Sebelum ini, mayat dua orang tentera Israel yang terbunuh, Simcha Goldin dan Oron Shaul, dan dua lagi penduduk Israel yang terselamat, Avera Mengistu dan Hisham al-Sayed, yang memasuki Gaza atas kehendak sendiri pada tahun 2014 dan 2015, kini sedang yang ditahan oleh Hamas.

Fadi, 35, dari pekan Jabalia, utara Gaza, telah dibunuh di hadapan kondominium Puteri Idaman di Setapak, ketika dalam perjalanan untuk solat subuh kira-kira pukul 6 pagi, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Kedutaan Palestin di Malaysia dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan Mesir untuk membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza atas permintaan keluarga Allahyarham.

SUMBER eberita

Terkenang Hasrat Akhir Suami, Lihat Luahan Sayu Isteri Dr Fadi Al Batsh...

KUALA LUMPUR – Berikutan insiden pembunuhan pensyarah dan imam warga Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang menggemparkan pada Sabtu lalu, isteri Allahyarham berkata beliau dan tiga anaknya akan kembali ke tanah air mereka di Palestin untuk selama-lamanya.

Namun Enas Al Batsh, 31, berkata akan memenuhi hasrat arwah suaminya supaya beliau meneruskan  pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).

Menyifatkan Allahyarham suaminya, yang ditembak mati ketika berjalan menuju ke surau dekat kondominium mereka di Setapak untuk mengimamkan solat Subuh, sebagai seorang yang mengutamakan pendidikan.

"Saya  masih ingat suami saya berkata, anda telah bersabar  menunggu saya menamatkan pengajian PhD, dan saya akan menunggu anda meneruskan pengajian PhD. Beliau bersungguh-sungguh meminta saya menamatkan pengajian,” katanya  kepada media di sini malam tadi dalam temubual pertamanya susulan insiden pembunuhan itu yang menggemparkan rakyat Malaysia.

Bercakap menerusi penterjemah, Enas berasa amat sedih atas pemergian suaminya,  berkata beliau telah mendaftar untuk mengikuti program PhD di  Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan akan meneruskan pengajian secara dalam talian.

Enas juga menghargai kesanggupan Allahyarham  Fadi yang berkorban demi pendidikan anak-anak mereka.

Enas yang mengenakan jubah berwarna biru ketika sesi bersama media, ditemani anak lelakinya berusia satu tahun, Mohammed dan adik iparnya, Ramy Al Batsh, 28, yang tiba di Malaysia dari Jerman.

Dengan tutur kata yang sebak, Enas berkata beliau telah menetap di Malaysia sejak tujuh tahun lepas.

Beliau berkata keluarganya sudah merancang untuk bercuti di Malaysia sebelum arwah suaminya ditembak mati.

Beliau menyifatkan Allahyarham Fadi, 35, sebagai suami yang baik dan penyayang dengan sikap yang positif.

Jenazah Allahyarham dijangka diterbangkan ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL kira-kira 7 malam esok sebelum dibawa ke Gaza melalui jalan darat.

Sementara itu, Ramy menyifatkan Allahyarham abangnya  sebagai seorang yang luar biasa dan baik hati, dan menjadi guru kepada orang di sekeliling.

Dalam pada itu, Ramy mengecam mereka yang membunuh abang tersayangnya yang merupakan bapa kepada dua anak perempuan – Doaa, 6, dan Aseel, 4.

“Pelaku insiden itu harus dibawa ke pengadilan dan dikenakan hukuman yang paling berat," katanya.

Beliau berkata Allahyarham Fadi yang menghafal al-Quran, adalah seorang insan biasa dan disukai ramai termasuk mereka yang bukan Islam.

"Tidak dapat dibayangkan bahawa arwah boleh mencederakan orang lain yang menyebabkan beliau dibunuh, “ katanya.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa abangnya itu ialah pakar pembuat roket. - Bernama

Sumber SINAR

'Kentut' dapat nama baharu


JAKARTA - INDONESIA. Selepas sekian lama diejek kerana mempunyai nama yang 'lain daripada yang lain' seorang lelaki dari Kecamatan Pinang, Tangerang bersyukur kerana mendapat nama baharu.

Kentut. Ya, Kentut adalah nama yang diberikan ibu bapanya kepada lelaki berusia 30 tahun itu.

Namanya yang dianggap lucu menyebabkan Kentut menjadi mangsa ejekan sejak kecil dan terpaksa menanggung malu selama bertahun-tahun.

Akibat nama itu juga, anaknya turut berasa malu dengan rakan sekolah.

Namun kini Kentut boleh menarik nafas lega apabila Ketua Hakim Mahkamah Daerah Kota Tangerang, Elly Istianawati meluluskan permohonannya untuk menukar nama.

Kini Kentut dikenali dengan nama baharu, Ihsan Hadi.

"Hasrat saya menukar nama kepada Ihsan Hadi kini tercapai. Saya sangat gembira," kata Ihsan yang turut melakukan sujud syukur setelah keputusan mahkamah dibacakan semalam.

Menurut Ihsan, tidak diketahui mengapa ibu bapanya memilih nama tersebut, namun dia berpendapat situasi keluarganya saat itu yang jauh daripada kemajuan menyebabkan hal itu terjadi.

“Orangtua saya petani di kampung, jadi pergaulan dan pengetahuan mereka juga kurang.

“Mereka tidak pernah terfikir bahawa nama itu akan menyebabkan timbulnya ejekan daripada orang lain," kata Ihsan yang berniaga mee ayam di kampungnya.

Ihsan menambah, kini dia berasa lebih yakin untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat. - GenMillsNews

SUMBER SINAR

Bayi maut terkena renjatan elektrik dari wayar terdedah



Seorang bayi lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika bermain mesin permainan kanak-kanak yang beroperasi menggunakan syiling. 

Dalam kejadian Khamis lalu di Fuzhou, China, mangsa berusia setahun dibawa oleh datuknya ke sebuah kedai serbaneka dan meletak cucunya dalam mesin permainan tersebut sementara dia duduk di sebuah kerusi berhampiran sambil memerhatikannya. 

Selepas 10 minit kemudian, warga emas itu ternampak cucunya keletihan lalu mengambilnya dan berehat di belakang mesin permainan itu seketika dan dalam masa yang sama bayi itu terpijak wayar elektrik yang terdedah dan terkena renjatan elektrik. 

Mangsa terus rebah dan tidak sedarkan diri. Warna matanya bertukar hijau. Mangsa dikejarkan ke jabatan kecemasan di hospital berhampiran, malangnya doktor tidak dapat menyelamatkannya. 

Ekoran kejadian itu, polis telah menutup kawasan kejadian itu untuk menjalankan siasatan. 



Bapa saudara mangsa juga menunding jari terhadap pemilik mesin permainan itu yang didakwa tidak membuat penyelenggaraan yang betul sehingga wayar mesin itu terdedah begitu sahaja. 

Menurut bapa saudara mangsa, kejadian itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya pemilik mesin berkenaan membalut/menutup wayar terdedah itu dengan pelekat wayar. 

Dia juga mendesak pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dan mengenakan hukuman yang setimpalnya terhadap pemilik mesin terebut. 

Menteri Pertahanan Israel Bongkar Kes Imam Palestin Yang Ditembak Mati Di Malaysia!


TEL AVIV - ISRAEL . Menteri Pertahanan Israel, semalam menolak dakwaan agensi risikan Mossad membunuh pensyarah Palestin yang ditembak mati di Malaysia pada Sabtu lalu.

Avigdor Lieberman berkata, pembunuhan Fadi al-Batsh, 35, itu adalah sebahagian daripada pertikaian dalaman Palestin.

Ketika kejadian itu, dua lelaki menunggang motosikal dilaporkan melepaskan 10 das tembakan ke arah anggota Hamas terbabit di sebuah jalan di Kuala Lumpur.

Keluarga Fadi mendakwa Mossad sebagai dalang di sebalik pembunuhan itu.

Lieberman memberitahu radio Israel, saintis terbabit adalah pakar roket dan beliau tidak terlibat dalam meningkatkan grid elektrik atau infrastruktur dan air.

"Kami ada mendengar beberapa pengumuman dibuat pemimpin Hamas bahawa Fadi terlibat dengan penghasilan roket dan meningkatkan ketepatannya," lapor akhbar Haaretz memetik kenyataannya.

Sebelum ini, Hamas pernah mendakwa Israel merancang pembunuhan ke atas pakar mereka di luar negara walaupun Mossad tidak pernah mengesahkan operasi seumpama itu.   Pada 2016, seorang warga Tunisia dipercayai pakar dron Hamas dilaporkan turut dibunuh. - BBC

Siapa Dr Fadi AlBatsh?


KUALA LUMPUR: Pembunuhan seorang saintis muda Palestin, Dr Fadi Albatsh di Gombak menjelang waktu subuh pada Sabtu nyata menggemparkan bukan sahaja di Malaysia malah negara-negara Islam seluruh dunia.

Ia mendapat liputan meluas media antarabangsa terutama di rantau Asia Barat, malah pembunuhan ini turut diberi liputan di portal-portal berita di Israel.

Dr Fadi AlBatsh merupakan tokoh muda yang dihormati dalam kalangan diaspora Palestin di seluruh dunia tetapi tidak ramai orang Malaysia tahu mengenainya.
  • Seorang teknokrat berusia 35 tahun
  • Berasal dari Jabaliya, Gaza
  • Pensyarah di UniKL
  • Pakar kejuruteraan elektrik dalam penghasilan roket
  • Menetap di Malaysia sejak enam tahun lepas
  • Meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak
  • Sering terlibat dalam aktiviti NGO di Malaysia menanam kesedaran mengenai isu-isu Palestin dan konflik Asia Barat
  • Sering dijemput menjadi imam di masjid-masjid seluruh negara
Ada dua persoalan besar yang menjadi tumpuan.
Benarkah pembunuhan ini didalangi oleh ejen perisikan Israel, Mossad?
Sekiranya benar ia didalangi oleh Mossad, bagaimana Mossad memasuki Malaysia?

Apa kata PDRM?

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, siasatan menyeluruh masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan dan dalang yang terlibat melepaskan 10 das tembakan terhadap Dr Fadi.

PDRM juga menjalankan kerjasama dengan Interpol dan pihak berkuasa serantau bagi menyiasat perkara ini dengan menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan serangan terhadap Dr Fadi ada kaitan dengan pihak yang bermusuhan dengan Palestin

Siapakah yang mendakwa Mossad adalah dalang di sebalik pembunuhan?
  • Keluarga mangsa di Palestin percaya, pembunuhan ini didalangi Mossad
  • Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash juga yakin ia didalangi Mossad berdasarkan cara serangan terhadap mangsa mirip modus operandi Mossad terhadap tokoh-tokoh Palestin di serata dunia sebelum ini.
  • Pergerakan Hamas di Gaza juga menyatakan ahlinya dibunuh di Malaysia.
SUMBER AWANI

Kantoi berasmara dalam kereta, tak sedar sedang dirakam...


Sepasang kekasih sedang berahi 'ditangkap' sedang melakukan hubungan intim di dalam sebuah kereta yang sedang dipandu di laluan sibuk di Taiwan.

Rakaman memalukan itu diambil oleh pengguna lalu lintas di Freeway 1 berhampiran Hukou di barat laut Taiwan.

Saksi yang enggan dikenali itu turut memuat naik klip video itu dan telah dikongsi lebih 1,300 kali dalam tempoh tiga jam.

Rakaman video itu menunjukkan seorang wanita yang memakai kemeja T berwarna putih duduk menghadap pemandu kereta Ford Focus tersebut.

Wajah pemandu kenderaan itu bagaimanapun tidak dapat dilihat menerusi rakaman tersebut.

Kereta terbabit dipercayai dipandu pada kelajuan 60 kilometer sejam, had minimum ditetapkan undang-undang lalu lintas.

Difahamkan, pasangan itu juga tidak menyedari 'aksi' mereka dirakam. - The Sun

SUMBER Sinar

Mengadu Sering Sakit Perut, Rupanya Ada Pemetik Api 9cm 'Tertanam' Dalam Perut Selama 20 Tahun! (3 Foto)


Seorang lelaki di China hadir ke hospital bagi mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit perut, namun terkejut selepas doktor memaklumkan bahawa terdapat pemetik api di dalam perutnya selama 20 tahun sebelum ini.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, Jiangxi Television, lelaki berusia 40-an dari Sichuan itu mendapatkan rawatan daripada hospital tempatan selepas mengalami sakit perut untuk tempoh yang sangat lama.


Doktor yang menjalankan pemeriksaan endoskopi dan menemui objek hitam dan panjang, yang disyaki adalah pemetik api.

Ketika disoal oleh doktor, lelaki itu kemudian mengakui pernah menelah pemetik api kira-kira 20 tahun dahulu, namun tidak memikirkannya memandangkan pada waktu itu ia tidak menunjukkan sebarang masalah berlaku.

Doktor bagaimanapun gagal untuk mengeluarkan pemetik api tersebut daripada perutnya, memandangkan pemetik api tersebut agak besar selain permukaanya yang licin. Selain itu, perut lelaki tersebut juga menunjukkan kewujudan ulcer dan pendarahan.

Percubaan gastroscopy kedua akhirnya berjaya mengeluarkan pemetik api tersebut apabila doktor mengambil masa selama 10 minit untuk menjayakan operasi tersebut.

Walaupun ia sudah lebih 20 tahun berada di dalam perut, doktor berjaya mengesahkan objek hitam tersebut sebagai pemetik api yang sudahpun terhakis dan berukuran 9 cm.


Di dalam satu temu bual, mereka menggambarkan objek tersebut sebagai ''bom masa'', disebabkan ia adalah objek asing yang besar dan berada di dalam perut lelaki tersebut untuk jangka masa yang lama.

Ia mampu mengancam keselamatan nyawa jika pemetik api tersebut masuk ke bahagian usus, kata doktor lagi.

Doktor kemudian menasihati orang ramai untuk segera mendapatkan rawatan jika tertelan objek asing walaupun tidak mengalami sebarang sakit.

Sumber : Straits Time Singapore
Kredit SK 

(Video) Angkara 'Kebodohan' Manusia Buang Sampah Dalam Laut, Bangkai Paus Ditemui Terdampar Dengan Mulutnya Dipenuhi 29kg Plastik

Gambar Hiasan

Seekor ikam paus sperma di temui mati terdampar berpunca daripada sampah plastik yang ditelannya seberat 64 pounds (29 kilogram). Bangkai paus jantan tersebut ditemui di pantai Murcian, selatan Sepanyol pada penghujung Februari lalu adalah peringatan kepada manusia betapa kritikalnya laut dicemari dengan sampah plastik.

El Valle Wildlife Rescue Center yang menjalankan siasatan membuat kesimpulan bahawa paus sperma malang tersebut mati disebabkan kejutan gastrik pada perut dan ususnya selepas kegagalan mencerna plastik tersebut. Bedah siasat yang dibuat menemui beg plastik, jaring, guni plastik, tali malah botol plastik besar juga ditemui di dalam perut dan usus besar haiwan tersebut.


Penyiasat juga turut mendapati bahawa bahagian dalam paus tersebut meradang akibat jangkitan bakteria. Ia mungkin berpunca daripada ketidak upayaan paus itu untuk mengeluarkan kembali sampah-sampah tersebut daripada sistem tubuh badannya, membawa kepada peritonitis.

Paus sperma jantan tersebut yang seberat 6 tan dan sepanjang 33 kaki (10 meter) merupakan spesis terancam yang dilindungi di bawah Akta Konservasi Spesis Terancam  di Amerika Syarikat (AS). Paus sperma biasanya menjadikan haiwan seperti sotong sebagai makanan dan mempunyai usia hampir sama dengan jangka hayat manusia, secara purata 70 tahun.



Kerajaan tempatan Murcia kemudian melancarkan kempen menentang pembuangan plastik ke dalam laut sebagai reaksi kepada penemuan bangkai tersebut. Penduduk yang menetap di sepanjang persisiran pantai tersebut berkerja keras untuk meningkatkan kesedaran mengenai peningkatan membimbangkan pencemaran plastik di laut dan kepentingan untuk memastikan pantai kekal bersih.

Kini, ia semakin jelas bahawa sampahn plastik merupakan ancaman terhadap hidupan marin untuk dekad yang akan datang. Dianggarkan sekitar 5 trillion sampah plastik terapung di seluruh laut di dunia. Menyukarkan lagi keadaan, pakar marin percaya bahawa jumlah plastik di laut akan mengatasi jumlah ikan menjelang tahun 2050.


Dengan peningkatan jumlah pencemaran plastik di laut, kematian ikan paus akibat menelan sampah plastik menjadi perkara biasa kini. Kira-kira dua tahun lalu, sekumpulan 13 ekor ikan paus sperma mati daripada punca yang sama.



Sumber : Forbes

Lelaki kerat isteri 'syaitan'

QUEZON CITY -  Seorang lelaki membunuh dan mengerat anggota badan isterinya kerana percaya wanita itu adalah syaitan.

Orlando Estrera, 43, turut menyiat kulit muka, mengorek biji mata serta memakan sebahagian otak isterinya setelah menghentak kepala wanita itu dengan tukul.

Estrera percaya isterinya Heidi, adalah syaitan yang mesti dibunuh untuk menyelamatkan semua orang.

Lelaki itu juga tergamak membelah perut isterinya kerana mengesyaki wanita itu mengandungkan anak syaitan.

"Suspek akan menjalani pemeriksaan psikologi dan psikiatri bagi menentukan tahap mentalnya," kata Ketua Superintendan Guillermo Eleazar, Pengarah Polis Kota Quezon (QCPD) yang menambah bahawa Estrera menghadapi tuduhan membunuh ahli keluarga.

"Estrera tidak memperlihatkan sebarang penyesalan dan dia amat berbahaya kepada masyarakat," tambah Eleazar. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Sumber SinarHarian

100 tulang ikan sangkut di dubur


AKIBAT menelan tulang ikan kerana terlalu kecil, lelaki terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tulang berkenaan yang tersangkut di duburnya di Sichuan, China.

Chengdu Business Daily melaporkan, lelaki dikenali sebagai Zhou, 63, makan sup ikan pada satu malam dan menyangka cukup selamat untuk menelannya sepenuhnya disebabkan saiz ikan yang kecil, walaupun terasa perit pada mulanya.

Malangnya, perit dirasakan beberapa hari kemudian lebih teruk ketika dia cuba membuang air besar.

Akibat tidak tahan sakit, Zhou pergi ke hospital dan imbasan CT menemui kepulan berduri melekat di duburnya.

Doktor mengambil masa dua jam untuk bergilir-gilir mengeluarkan kira-kira 100 tulang ikan dari dubur Zhou tetapi terpaksa meninggalkan beberapa lain yang terlalu kecil kerana bimbang mencederakannya atau menyebabkan pendaraha jika diteruskan.

Global Times memetik pakar bedah di hospital berkenaan, Huang Zhiyin mengakui itu kali pertama melihat kejadian seperti itu.

“Sebelum ini, paling banyak dikeluarkan sebegini cuma 10 tulang ikan,” katanya.

Sumber HMETRO