Showing posts with label Global. Show all posts
Showing posts with label Global. Show all posts

12 budak diraba, diliwat, diserang secara seksual

SUKABUMI - INDONESIA. Seramai 12 kanak-kanak lelaki dan perempuan menjadi mangsa pedofilia di Sukabumi, Jawa Barat.

Perbuatan suspek dikenali sebagai DAD berusia 45 tahun itu terbongkar selepas salah seorang keluarga mangsa membuat laporan kepada polis.

"Empat budak dikasari, empat diraba dan empat lagi yang lain diliwat oleh pelaku. Kesemua mereka menjadi mangsa serangan seksual. Majoriti mangsa adalah budak lelaki. Insiden itu berlaku Mac hingga April lalu," kata jurucakap pihak berkuasa, Nasriadi, semalam.

Perbuatan jahat DAD didedahkan salah seorang mangsa yang masih menuntut di kelas 2 SD (sekolah dasar) berpindah sekolah.

"Mangsa mengaku takut ke sekolah lama kerana kerap menjadi sasaran pencabulan DAD. Suspek yang juga penganggur tinggal berhampiran kira-kira 200 meter dari sekolah mereka. Ketika pindah sekolah, mangsa menjadi murung dan mengadu sakit ketika buang air besar. Selepas didesak beberapa kali, budak lelaki itu akhirnya mengaku dicabul," jelasnya lagi.

Beberapa jiran suspek mendakwa DAD mengalami masalah jiwa, namun ujian kesihatan mental dilakukan ke atasnya mendapati dia mengalami masalah penyimpangan orientasi seksual. - Agensi

Sumber SH

Peminat bola sepak mati dipukul penyokong lawan

BANDUNG: Puluhan individu ditahan, selepas sekumpulan penyokong daripada pasukan lawan memukul seorang peminat bola sepak Indonesia sampai mati menggunakan batang besi dan kayu, kata polis, hari ini.

Insiden membawa maut itu berlaku, sebelum satu perlawanan antara kelab tuan rumah, Persib Bandung dan Persija Jakarta. Kedua-dua kelab itu adalah seteru sengit dalam liga profesional tertinggi di Indonesia.

Peminat kelab Persija Jakarta, Haringga Sirla, 23, maut selepas dipukul sekumpulan penyokong Bandung di luar stadium utama di bandar Bandung yang terletak 150 kilometer di tenggara Jakarta.

Sejak insiden itu, 16 orang sudah ditahan kerana mempunyai kaitan dengan serangan, kata polis.

Menurut penganalisis bola sepak, Akmal Marhali, kes itu adalah kematian ke tujuh membabitkan perlawanan antara kedua-dua kelab terbabit, sejak 2012.

Katanya, Sirla adalah mangsa peminat bola sepak ke-70 yang maut dalam keganasan ketika perlawanan. - AFP

Sumber BH

Guna tandas terlalu lama, lelaki dipukul sehingga mati

Gara-gara menggunakan tandas awam terlalu lama, seorang lelaki dibelasah sehingga mati dalam kejadian di kawasan miskin di Wadala, MUMBAI - INDIA.

Polis berkata, mangsa dikenali sebagai Fulchand Yadav dipukul seorang lelaki yang gagal mengawal emosi selepas menunggu terlalu lama untuk menggunakan tandas tersebut.

Menurut saksi, tertuduh Shakir Ali Shaikh memarahi mangsa sehingga membawa pertengkaran, namun ia dileraikan orang ramai yang berada di tempat kejadian.

"Tertuduh gagal mengawal emosi dan mengekori mangsa sebelum bertindak memukulnya berulang kali.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu mangsa dan menghantarnya ke hospital.

"Namun mangsa meninggal dunia sebelum menerima sebarang rawatan," kata polis. - Agensi

Sumber SH

Malaysia ubah hukuman mati 3 warga Mexico

MEXICO CITY: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengubah hukuman ke atas tiga beradik warga Mexico yang dijatuhi hukuman gantung kerana jenayah mengedar dadah, kata Mexico.

Sultan Ibrahim mengubah hukuman mati ke atas banduan terbabit kepada hukuman penjara seumur hidup selepas bertahun-tahun di lobi oleh diplomat Mexico, kata kementerian luar negeri Mexico, kelmarin.

“Ini adalah hasil daripada proses yang panjang dan dialog terperinci dengan pihak berkuasa persekutuan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiga beradik Simon, Luis Alfonso dan Jose Regino Gonzalez Villarreal ditangkap dalam satu serbuan di sebuah makmal methamphetamine di Johor pada Mac 2008.

Mereka yang berasal dari negeri Sinaloa, Mexico mengaku tidak bersalah dengan alasan mereka diupah untuk membersihkan bangunan berkenaan tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di dalamnya.

Mahkamah Malaysia menjatuhkan hukuman mati pada Mei 2012. Sabitan itu ditangguhkan selepas permohonan rayuan pada tahun berikutnya. - AFP

Sumber BH

Jenazah Dr. Fadi Dihalang Masuk Gaza


Jenazah Dr. Fadi Dihalang Masuk Gaza| Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman telah mengarahkan penguat kuasa Mesir untuk menghalang jenazah imam dan pensyarah Palestin di Malaysia, Dr. Fadi M. R. Albatsh, daripada dibawa pulang ke Gaza.

Lapor Palestine News Network semalam, Lieberman menyatakan bahawa, dia “telah membuat satu permohonan mengenai perkara ini melalui kaedah konvensional”, sambil menambah bahawa permintaannya itu relevan kerana sempadan Rafah dikawal oleh kedaulatan Mesir.

Lieberman turut berkata, bahawa rejim Israel sedang melaksanakan polisi baru yang melarang kemasukan jenazah pejuang gerakan Hamas untuk dikebumikan di Gaza.

Menurut laporan itu, Menteri Pendidikan Israel Naftali Bennett juga pada hari Sabtu berikrar untuk menghalang Hamas daripada membawa tubuh Fadi kembali ke Gaza untuk dikebumikan kecuali Hamas mengembalikan tentera Israel yang ditahan di Gaza.

Sebelum ini, mayat dua orang tentera Israel yang terbunuh, Simcha Goldin dan Oron Shaul, dan dua lagi penduduk Israel yang terselamat, Avera Mengistu dan Hisham al-Sayed, yang memasuki Gaza atas kehendak sendiri pada tahun 2014 dan 2015, kini sedang yang ditahan oleh Hamas.

Fadi, 35, dari pekan Jabalia, utara Gaza, telah dibunuh di hadapan kondominium Puteri Idaman di Setapak, ketika dalam perjalanan untuk solat subuh kira-kira pukul 6 pagi, Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Kedutaan Palestin di Malaysia dilaporkan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia dan Mesir untuk membawa pulang jenazah Fadi ke Gaza atas permintaan keluarga Allahyarham.

SUMBER eberita

Terkenang Hasrat Akhir Suami, Lihat Luahan Sayu Isteri Dr Fadi Al Batsh...

KUALA LUMPUR – Berikutan insiden pembunuhan pensyarah dan imam warga Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh yang menggemparkan pada Sabtu lalu, isteri Allahyarham berkata beliau dan tiga anaknya akan kembali ke tanah air mereka di Palestin untuk selama-lamanya.

Namun Enas Al Batsh, 31, berkata akan memenuhi hasrat arwah suaminya supaya beliau meneruskan  pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).

Menyifatkan Allahyarham suaminya, yang ditembak mati ketika berjalan menuju ke surau dekat kondominium mereka di Setapak untuk mengimamkan solat Subuh, sebagai seorang yang mengutamakan pendidikan.

"Saya  masih ingat suami saya berkata, anda telah bersabar  menunggu saya menamatkan pengajian PhD, dan saya akan menunggu anda meneruskan pengajian PhD. Beliau bersungguh-sungguh meminta saya menamatkan pengajian,” katanya  kepada media di sini malam tadi dalam temubual pertamanya susulan insiden pembunuhan itu yang menggemparkan rakyat Malaysia.

Bercakap menerusi penterjemah, Enas berasa amat sedih atas pemergian suaminya,  berkata beliau telah mendaftar untuk mengikuti program PhD di  Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan akan meneruskan pengajian secara dalam talian.

Enas juga menghargai kesanggupan Allahyarham  Fadi yang berkorban demi pendidikan anak-anak mereka.

Enas yang mengenakan jubah berwarna biru ketika sesi bersama media, ditemani anak lelakinya berusia satu tahun, Mohammed dan adik iparnya, Ramy Al Batsh, 28, yang tiba di Malaysia dari Jerman.

Dengan tutur kata yang sebak, Enas berkata beliau telah menetap di Malaysia sejak tujuh tahun lepas.

Beliau berkata keluarganya sudah merancang untuk bercuti di Malaysia sebelum arwah suaminya ditembak mati.

Beliau menyifatkan Allahyarham Fadi, 35, sebagai suami yang baik dan penyayang dengan sikap yang positif.

Jenazah Allahyarham dijangka diterbangkan ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL kira-kira 7 malam esok sebelum dibawa ke Gaza melalui jalan darat.

Sementara itu, Ramy menyifatkan Allahyarham abangnya  sebagai seorang yang luar biasa dan baik hati, dan menjadi guru kepada orang di sekeliling.

Dalam pada itu, Ramy mengecam mereka yang membunuh abang tersayangnya yang merupakan bapa kepada dua anak perempuan – Doaa, 6, dan Aseel, 4.

“Pelaku insiden itu harus dibawa ke pengadilan dan dikenakan hukuman yang paling berat," katanya.

Beliau berkata Allahyarham Fadi yang menghafal al-Quran, adalah seorang insan biasa dan disukai ramai termasuk mereka yang bukan Islam.

"Tidak dapat dibayangkan bahawa arwah boleh mencederakan orang lain yang menyebabkan beliau dibunuh, “ katanya.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa abangnya itu ialah pakar pembuat roket. - Bernama

Sumber SINAR

'Kentut' dapat nama baharu


JAKARTA - INDONESIA. Selepas sekian lama diejek kerana mempunyai nama yang 'lain daripada yang lain' seorang lelaki dari Kecamatan Pinang, Tangerang bersyukur kerana mendapat nama baharu.

Kentut. Ya, Kentut adalah nama yang diberikan ibu bapanya kepada lelaki berusia 30 tahun itu.

Namanya yang dianggap lucu menyebabkan Kentut menjadi mangsa ejekan sejak kecil dan terpaksa menanggung malu selama bertahun-tahun.

Akibat nama itu juga, anaknya turut berasa malu dengan rakan sekolah.

Namun kini Kentut boleh menarik nafas lega apabila Ketua Hakim Mahkamah Daerah Kota Tangerang, Elly Istianawati meluluskan permohonannya untuk menukar nama.

Kini Kentut dikenali dengan nama baharu, Ihsan Hadi.

"Hasrat saya menukar nama kepada Ihsan Hadi kini tercapai. Saya sangat gembira," kata Ihsan yang turut melakukan sujud syukur setelah keputusan mahkamah dibacakan semalam.

Menurut Ihsan, tidak diketahui mengapa ibu bapanya memilih nama tersebut, namun dia berpendapat situasi keluarganya saat itu yang jauh daripada kemajuan menyebabkan hal itu terjadi.

“Orangtua saya petani di kampung, jadi pergaulan dan pengetahuan mereka juga kurang.

“Mereka tidak pernah terfikir bahawa nama itu akan menyebabkan timbulnya ejekan daripada orang lain," kata Ihsan yang berniaga mee ayam di kampungnya.

Ihsan menambah, kini dia berasa lebih yakin untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat. - GenMillsNews

SUMBER SINAR