Masalah air makin kritikal - Pahang

Masalah air makin kritikal - Pahang - Salam/Hi sahabat Kini Press, Dalam perkongsian kali ini bertajuk [ Masalah air makin kritikal - Pahang ], kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Artikel Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video atau baca artikel berita berkenaan.

Tajuk : Masalah air makin kritikal - Pahang
Link Video/Artikel/Berita : Masalah air makin kritikal - Pahang

---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---

About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Baca juga


Masalah air makin kritikal - Pahang


KUANTAN - Bukan sehari dua, tetapi masalah gangguan bekalan air dihadapi sebahagian besar penduduk Kampung Alor Batu, Jabor di sini berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Penduduk mendakwa, bekalan air sering terputus dan keadaan itu semakin kritikal kebelakangan ini apabila boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku gangguan hingga aktiviti seharian terganggu.

Lebih mengecewakan, dalam situasi sukar itu, penduduk terlibat terpaksa membayar bil mencecah RM70 hingga RM80 sebulan, berbanding kadar semasa beberapa tahun lalu, di bawah RM20.

Seorang penduduk, Ibrahim Mat Ali, 51, berkata, dia tidak berpuas hati apabila bilnya terlalu tinggi.

Katanya, bil dikenakan tidak munasabah jika dibandingkan kadar penggunaan air sebenar.

“Kami seolah-olah bayar harga ‘angin’ kerana meter berjalan namun air tiada. Bila berlaku tunggakan, notis pemotongan sampai,” katanya.

Menurutnya, masalah itu pernah diadukan kepada Pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip).

Omar Mohamad, 59, pula berkata, gangguan bekalan air amat ketara selepas tangki air yang menyalurkan air untuk kegunaan kira-kira 1,000 penduduk kampung itu  pecah dan tidak dibaiki.

“Masalah ini lebih ketara berlaku melibatkan rumah penduduk di kawasan tinggi, manakala kawasan lain aliran air paip amat perlahan.

“Kami percaya masalah ini berlaku akibat tekanan rendah apabila air dipam dari Loji Semambu tak sampai ke semua rumah terutama di kawasan tinggi,” katanya.

Masalah ketiadaan dan terputus bekalan air itu juga mengganggu aktiviti seharian di Masjisd Al-Hidayah, Kampung Alor Batu.

Bilalnya, Salim Abu, 56  berkata, jemaah bergantung kepada air kolah yang ada ketikanya, kering.

Katanya, bila gangguan berlanjutan, pihaknya terpaksa mencari air untuk kegunaan jemaah berwuduk dan sebagainya.

“Kami penduduk di sini berharap pihak berkaitan ambil perhatian dan segera menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sumber Sinar