'Anak sulung aku hampir mati lepas kena suntik vaksin!'

'Anak sulung aku hampir mati lepas kena suntik vaksin!' - Salam/Hi sahabat Kini Press, Dalam perkongsian kali ini bertajuk [ 'Anak sulung aku hampir mati lepas kena suntik vaksin!' ], kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Artikel Masyarakat, Artikel Media Sosial, Artikel Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video atau baca artikel berita berkenaan.

Tajuk : 'Anak sulung aku hampir mati lepas kena suntik vaksin!'
Link Video/Artikel/Berita : 'Anak sulung aku hampir mati lepas kena suntik vaksin!'

---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---

About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Baca juga


'Anak sulung aku hampir mati lepas kena suntik vaksin!'


“Seronok saya baca penaakulan mantik yang Puan buat. Pengalaman saya, ada saja yang tak vaksin dan kena kanser. Saya pernah merawat anak orang asli yang tak pernah tengok klinik dan hospital dari umur 1-5 tahun. Kena kanser umur 6 tahun.”

Vaksin merupakan keperluan penting terutamanya kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Ini kerana antibodi mereka masih lagi lemah. Oleh yang demikian, pengambilan vaksin merupakan satu langkah pencegahan bagi menangani penyakit berjangkit. 

Dr Nor Mahani Harun yang merupakan Pakar Kanak-Kanak Hospital Pakar KPJ ketika ditemubual oleh Utusan, tujuan vaksin adalah untuk membentuk antibodi atau pertahanan dalam tubuh supaya kuman tertentu yang memasuki badan akan membina antibodi. Secara semula jadi tubuh kita mempunyai sistem pertahanan atau imun sistem yang aktif untuk melawan kuman.

Walaupun telah diterangkan dengan lebih terperinci oleh para doktor dan jururawat tentang kepentingan pengambilan vaksin, namun ada ibu bapa yang masih tergolong di dalam golongan anti-vaksin. 

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang ibu yang membuat dakwaan bahawa punca kanser kanak-kanak adalah disebabkan oleh vaksin. Dakwaannya itu telah mendapat kecaman dari netizen dan juga doktor.  Dia juga mengatakan anak sulungnya hampir mati setelah disuntik semasa darjah satu.

Status Puan Yana tersebut telah mendapat perhatian seorang doktor. Dr. Saiful  Abd Latif telah memuatnaik surat terbuka di laman Facebook membidas dengan apa yang telah diutarakan oleh Puan Yana.




Surat Terbuka Untuk Saudari Yana Zainal

Assalamualaikum w.b.t.

Saya adalah seorang doktor dan saya harap saya bukanlah doktor yang dilabel berbondong-bondong oleh anda. Saya tidak pernah memaki mana-mana individu sekalipun tujuan mereka menulis kepada umum adalah memburukkan para doktor dan para petugas kesihatan ke tahap yang tidak dapat dicapai dek akal fikiran rendahnya.

Mahupun begitu, saya juga tidak mahu menghantar Puan Yana ke wad gila. Mengapa tidak? Sebab pertama. Tidak ada wad gila. Kami ada wad psikiatri. Terjemahan Melayunya adalah Wad Pesakit Mental. Gila bukan satu diagnosis. Hanya satu perkataan Melayu yang membawa konotasi yang sangat negatif.

Saya pernah bekerja agak lama di Wad Onkologi Pediatrik (Kanser Kanak-kanak). Tiada seorang ibu bapa pun pernah bertanya soalan vaksin penyebab kanser yang Puan ajukan itu. Sekalipun ada, saya tidak akan menjawab dengan cara yang Puan sangkakan. Saya ingin utarakan isu-isu saya dengan kenyataan Puan.

1. Kami doktor tak tahu punca kanser
Amat malang sekali apabila kanser ini bukan macam jangkitan kuman. Kita tahu, bila virus atau bakteria masuk, seseorang demam. Bagi ubat, baik. Itu yang anda semua faham, bukan? Sayangnya tak semudah itu. Ada beribu-ribu malah berjuta-juta virus dan bakteria yang ada di dalam badan dan tidak menyebabkan jangkitan. Ada virus yang duduk diam-diam dan hanya mengakibatkan masalah apabila badan jadi lemah disebabkan keadaan lain.

Pokok pangkalnya, dunia perubatan ini sangat kompleks. Apa yang kita tahu tentang kanser? Kita tahu ada faktor risiko. Faktor risiko adalah beberapa benda yang menambah risiko perubahan atau mutasi genetik anak-anak. Perubahan ini menjadikan mereka lebih berisiko untuk mendapat kanser.

Antara faktor risiko yang perlu diambil berat adalah ibubapa perokok, dedahan radiasi, penyakit kongenital (wujud sejak kelahiran) dan juga sejarah ahli keluarga. Kenapa kita bercakap tentang faktor risiko dan bukan punca? Kerana ada beratus-ratus malah beribu-beribu jenis kanser dan setiap satu adalah unik dari segi sel yang membiak dan menyebabkan kanser.

Sebab sel-sel ini membiak adalah sukar dikenalpasti kerana kerosakan pada genetik yang mengawal pembiakan sel itu mungkin terlalu kecil dan amat sukar untuk diselidik ke lubang cacing. Penat kan baca? Ada banyak lagi yang perlu diceritakan sebenarnya, tapi cukup ini sebagai perasa untuk tahu yang kami tidak menyembunyikan sesuatu. Hentilah fikirkan yang kami nak bunuh anak anda semua. Ada banyak lagi orang jahat di dunia ini. Jangan golongkan kami dalam kumpulan itu.

2. Tiada vaksin, tiada kanser. Vaksin, kena kanser

Seronok saya baca penaakulan mantik yang Puan buat. Pengalaman saya, ada saja yang tak vaksin dan kena kanser. Saya pernah merawat anak orang asli yang tak pernah tengok klinik dan hospital dari umur 1-5 tahun. Kena kanser umur 6 tahun. Ada seorang lagi anak angkat yang diambil selepas umur jadual vaksin, belum sempat ibubapa angkat nak aturkan vaksin dah kena kanser. Untuk budak dua orang ini (saya yakin ada ramai lagi), Puan Yana rasa saya kena cakap apa pada mereka ya?

Tahukan Puan Yana, diagnosis kanser organ pejal sudah mula dibuat pada ketika tamadun Yunani dan Mesir sebelum Masihi? Benar! Malah sebelum Xray ditemui. Tamadun Mesir siap dah cerita tentang cara untuk memotong keluar perut (tanpa bius!). Sekitar tahun 1950, kanser darah mula dikenalpasti dengan mikrosop. Puan Yana tahu tak bila vaksin mula sampai kepada masyarakat umum? Sekitar tahun 1963-1975. 

Tak perlulah kan saya nak cerita lagi panjang kenapa saya beri semua fakta di atas. Kalau masih perlukan penerangan, cuba lukis garis masa. Mungkin boleh membantu kenapa penaakulan mantik Puan Yana itu tidak betul.

3. Seseorang mati sebab kemoterapi  dan radiasi

Saya pernah dan sedang bekerja dengan ramai Pakar-pakar Onkologi di sekeliling saya. Sehari-hari saya lihat mereka beri lebih peluang pada ramai orang walaupun ada antara pesakit yang amat sukar untuk dibantu.

Hakikatnya, banyak kanser yang dirawat dengan chemo dan radiasi sebagai cara untuk mengawal dan bukan untuk mengubati mereka. Setiap kali kami berkira-kira untuk menggunakan kemoterapi atau radiasi, kami akan analisa risiko dan manfaat. Rawatan hanya akan diteruskan sekiranya manfaat melebihi risiko.

Sampai suatu masa, lebih-lebih lagi sekiranya kanser itu sangat agresif atau datang kembali, dacing manfaat-risiko itu akan mula berat kepada risiko dan rawatan dihentikan. Benar, pesakit akan mula diterangkan tentang kesukaran yang bakal datang dan nyawa yang kian terancam. Tapi pandang cerita ini betul-betul. Yang membunuh mereka adalah kanser tadi. Bukan kemoterapi dan radiasi. 

Saya juga lihat Puan Yana ada beri pautan di hujung post Puan Yana. Saya tidak mahu buat spekulasi tentang pautan itu, tetapi saya dapat nampak apa yang Puan Yana cuba lakukan di situ.

Saya harap surat saya ini dapat dikongsi oleh kawan-kawan saya sampai dibaca oleh Puan Yana dan kawan-kawannya. Saya juga harap mereka semua sihat sejahtera hendaknya.

Sekian, terima kasih.

Pakar Perubatan Am,
(Felo Program Perubatan Paliatif).

SUMBER TR