Showing posts with label Media Sosial. Show all posts
Showing posts with label Media Sosial. Show all posts

Fizz Fairuz buat laporan polis terhadap Makcik Puaka

Selepas tujuh hari memberi tempoh permohonan maaf kepada pengendali akaun gosip Makcik Puaka atas tuduhan menyebar fitnah terhadapnya, pelakon Datuk Fizz Fairuz mengambil tindakan lanjut membuat laporan polis petang tadi.

Laporan itu dibuat Fizz di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk membawa pihak tersebut ke muka pengadilan selepas pengendali akaun itu gagal memunculkan diri seperti dituntutnya pada 7 April lalu.

Sebelum itu, Fizz, 39, melanjutkan tempoh untuk individu itu membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam pada Isnin lalu, namun pemilik akaun berkenaan masih gagal berbuat demikian.

“Saya minta dia buat permohonan maaf secara terbuka tetapi dia gagal. Dia ada menghantar mesej  kepada saya di Instagram untuk meminta maaf. Tetapi itu bukan permohonan maaf yang saya mahukan,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga telah meninggalkan nombor telefon kepada individu itu supaya memudahkan urusannya untuk membuat permohonan maaf.

“Saya beri nombor telefon sekiranya dia berhasrat berjumpa dengan saya secara peribadi. Tetapi semua itu hanya sia-sia kerana dia langsung tidak menghubungi saya,” katanya.

Terdahulu, akaun hiburan itu telah memuat naik satu berita yang memberi gambaran bahawa pelakon itu adalah individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat ketika bercuti di sebuah pulau di Terengganu seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Justeru, Fizz menyerahkan kes tersebut kepada pihak peguam termasuklah urusan memfailkan saman fitnah ke atas pengendali akaun Makcik Puaka.

Sumber - Kosmo ONLINE

Tular kes pelancong asing buang air tepi pantai, ini respons polis PD

PORT DICKSON - Polis daerah ini memandang berat maklumat yang tular di media sosial mengenai perbuatan seorang pelancong asing wanita didakwa buang air besar di pantai Batu 5 di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed (gambar) berkata, perbuatan itu jika benar berlaku merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

"Kami maklum mengenai maklumat yang tular tersebut, tetapi tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung insiden itu setakat ini.

"Kami minta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil menyalurkannya kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini.

Aidi Sham berkata, orang ramai yang berkunjung ke Port Dickson diminta menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan menjaga kebersihan daerah ini.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang melihat berlaku perlakuan tidak senonoh di Port Dickson supaya segera melaporkannya kepada pihak polis untuk diambil tindakan.

Kelmarin, seorang pengguna Facebook memuat naik gambar didakwa memaparkan seorang pelancong asing wanita didakwa dari China buang air besar di pantai Batu 5.

Gambar itu menerima kecaman netizen Malaysia yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan dan tidak menghormati pengunjung lain pantai tersebut.

Sumber - Kosmo ONLINE
Gambar fail, Kredit Utusan Online

"Pakcik kena bedal sampai..." - Lan Pet Pet didenda RM2k, tapi ini respons Pak Yahya

Pengawal keselamatan Acacia Park Desa Jati, Yahya Manap, 68, tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mengenakan denda sebanyak RM2,000 keatas pelawak terkenal Lan Pet Pet kerana memukulnya pada 6 April lalu.

Warga emas itu berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu denda yang dikenakan keatas Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 49, itu kerana kecederaan yang dialaminya dalam kejadian tersebut agak teruk.

"Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

"Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Yahya berkata, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu keatas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Bagaimanapun, katanya, dia menyerahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Sumber - Kosmo ONLINE

Respons polis bila tular video sekumpulan lelaki tahan, periksa kereta anggota

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan penyokong dipercayai daripada PH menahan dan memeriksa MPV polis 

Polis sedang memburu lima lelaki dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) yang bertindak menahan dan memeriksa kereta peronda (MPV) polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis telah mengenal pasti lima lelaki terbabit berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial serta laporan yang dibuat oleh anggota polis terlibat.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang semasa dua anggota polis masing-masing berpangkat sarjan dan koperal melakukan tugas membantu kawalan lalu lintas dan mahu mengiringi kertas undi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

"Semasa berada di tempat kejadian kenderaan MPV polis dinaiki mereka didatangi oleh lima lelaki yang meminta supaya membuka but kerana disyaki membawa kertas lebihan undi.

"Anggota polis terlibat bersetuju untuk membuka bonet kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan dan dalam keadaan terpaksa telah membuka bonet bagi memuaskan hati mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dekat sini.

Mohamad berkata, kelima-lima lelaki itu kemudian mendapati tiada sebarang kertas lebihan undi dalam bonet MPV polis tersebut dan memohon maaf kepada anggota polis terlibat.

Menurutnya, beliau berasa kesal dengan insiden berkenaan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Pihak polis bukan sengaja tidak bertindak keatas mereka ketika kejadian, tetapi kami tidak mahu keadaan menjadi kecoh kerana ketika itu mereka ramai," katanya.

Sumber - Kosmo ONLINE

Pilunya, isteri mengidam mesej suami tapi...

"BANG, jangan lupa belikan daging masak merah ya, saya mengidam la bang."

Itu satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang isteri kepada suaminya.

Tetapi sedihnya, pesanan itu tidak dibaca kerana suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Kisah pilu ini dikongsi oleh Facebook, Tok Qiqi sehingga mendapat 31,000 tanda suka, 6,000 maklum balas serta 12,000 pengkongsian daripada netizen.

Tok Qiqi memberitahu, kisah tersebut dikongsi oleh seorang pemandu ambulans yang kebetulan menemui seorang lelaki terbaring di tepi jalan dan disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Katanya, ketika melakukan pemeriksaan ke atas lelaki itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi di dalam poket seluar.

"Mereka tengok ada WhatsApp masuk dari isterinya..."bang jangan lupa belikan daging masak merah saya ya bang, saya mengidam la bang".

"ALLAH sebak rasa hati... menyangkakan suaminya membaca sahaja tapi tak berbalas...isterinya hubungi suami... tapi pemandu ambulans, jururawat dan pembantu perubatan serba salah hendak menjawab panggilan dan terus serahkan kepada polis yang telah tiba sejurus dihubungi," katanya.

Menurutnya, kedengaran tangisan si isteri dari corong telefon dan suasana di lokasi menjadi hiba dan sedih.

Moga si isteri tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Sumber AA

Surat tular adalah lampiran bukan surat rasmi

JOHOR BAHRU: Surat rasmi Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang tular kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia sehingga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka adalah bahagian lampiran.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How dalam satu kenyataan media yang menyatakan halaman hadapan surat berkenaan yang menggunakan kepala surat Ahli Majlis MBIP adalah dalam bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memuat naik surat berkenaan dalam laman sosial Instagramnya sebagai provokatif.

“Berkenaan dengan surat jemputan perbincangan dari Ahli Majlis MBIP yang dituduh oleh Mohamed Khaled di laman Instagramnya dan PAS Iskandar Puteri dalam laman Facebooknya dianggap sebagai tindakan provokatif.

“Halaman surat yang disebarkan hanya halaman lampiran yang ditulis dalam bahasa Mandarin serta Inggeris.

“Pejabat ADUN Perling kesal dengan tindakan Mohamed Khaled dan PAS yang sememangnya sengaja menimbulkan keraguan di hati masyarakat berbilang kaum di dalam negara ini serta tindakan mereka itu tidak patut dicontohi oleh masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya.

Beliau bagaimanapun, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara berkenaan dan bertanggungjawab menjawab segala tohmahan yang dilemparkan.

“Surat jemputan perbincangan itu sebenarnya ditulis dalam bahasa Malaysia dan halaman bertulis dalam tulisan Mandarin serta Inggeris itu hanyalah sekadar lampiran daripada kepala surat yang asal iaitu surat jemputan berbahasa Malaysia.

“Perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya kepala surat itu turut dipamerkan dan halaman lampiran itu hanya disertakan kerana kami juga mahu memanjangkan jemputan itu kepada orang awam yang bukan berbangsa Melayu di kawasan Jalan Jaya Mas dan Jalan Silat Cekak,” katanya.

Tegasnya, dalam surat yang tular, jika diteliti tidak mengandungi nombor rujukan dan tarikh berbanding surat halaman hadapan yang rasmi.

“Ini bermakna surat berkenaan hanyalah sekadar lampiran berbanding yang ditulis dalam bahasa Malaysia dan mempunyai nombor rujukan serta tarikh,” katanya.

Sumber BH

Najib pelik tsunami Cina dikecam tak seperti Kit Siang

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berasa pelik apabila frasa tsunami Cina digunakannya selepas PRU13 dikecam sesuatu yang melampau, tidak patut dan sangat rasis olehAhli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang.

Najib berkata, beliau sering dituduh oleh propagandis DAP bahawa beliau pernah mengeluarkan perkataan 'Apa lagi Cina mau' selepas PRU13 dan mendapat kecaman bertahun-tahun lamanya.

Menurutnya, frasa tsunami Cina diulangi oleh pemimpin-pemimpin DAP di dalam ceramah-ceramah dan laman media sosial mereka untuk mengasut dan menaikkan kemarahan kaum Cina walaupun beliau tidak pernah keluarkan kenyataan ini sama sekali.

“Yang saya sebenarnya pernah cakap ialah menggunakan frasa tsunami Cina untuk PRU13… tetapi Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP lain pun tidak suka ini. Kit Siang kata penggunaan tsunami Cina oleh saya ini adalah sesuatu yang melampau, tidak patut dan sangat rasis.

“Tetapi selepas itu, pemimpin-pemimpin DAP termasuk Kit Siang berulangkali menggunakan frasa tsunami Melayu di dalam ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan mereka,” katanya melalui perkongsiannya di laman sosial Facebook peribadinya, malam tadi.

Najib berkata, beliau masih pelik mengapa bila beliau menggunakan frasa tsunami Cina sekali sahaja ia disifatkan oleh DAP bahawa beliau melampau, tidak patut dan rasis  tetapi apabila Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP lain berulang-kali menggunakan frasa tsunami Melayu, mereka tidak pula dianggap sebagai melampau, tidak patut dan rasis.

“Pelik bukan? Soal Najib diakhir perkongsiannya itu.

Perkongsian bekas perdana menteri itu kali ini adalah susulan jangkaannya selepas beliau mengemukakan soalan-soalan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terbukti ada kebenarannya.

“Selepas diam untuk beberapa hari Kit Siang tiba-tiba muncul hari ini untuk membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan saya untuk mengalih perhatian,” katanya.

Menurutnya, dua minggu lalu, beliau membuktikan bahawa Kit Siang bukan seorang yang jujur di mana cabaran beliau untuk Kit Siang mengaku bahawa beliau sudah mengembalikan semua wang yang dikenali sebagai RM2.6 bilion di jawab dengan jawapan yang berputarbelit kerana dia tidak mahu mengaku.

“Lain ditanya, lain pula dijawab. Hari ini, saya dedahkan lagi permainan politik tidak jujur dan menghasut Kit Siang dan DAP,” katanya dengan merujuk kepada frasa tsunami Cina selepas PRU13.

Sumber SH

Hina Tun M: Ini Tindakan BERSATU Negeri Sembilan!

Hina Tun M: Ini Tindakan BERSATU Negeri Sembilan!

SEREMBAN - Parti Bersatu Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial memaki Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri Eddin Syazlee Shith berkata laporan polis dibuat kerana kenyataan pemilik akaun berkenan yang bersifat tohmahan dan provokasi terhadap Dr Mahathir dilihat jelas dapat mendatangkan ancaman keselamatan terhadap Perdana Mentari.

"Perbuatan beliau juga jelas bersifat perkauman boleh menggugat integrasi nasional dan secara langsung ianya dibuat untuk menjejaskan perpaduan yang ada bagi masyarakat berbilang kaum di negara kita.

"Kami minta supaya perbuatan ini disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan di bawah mana-mana peruntukan yang bersesuaian, dan kami minta dia dipanggil untuk memperjelaskan serta bertanggungjawab atas perbuatannya, " katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2 yang turut disertai 50 ahli parti tersebut di sini, malam ini.

Eddin Syazlee yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia membuat laporan polis selepas pemilik akaun laman sosial itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Dr Mahathir. - Bernama

Sumber SH

Isu PTPTN. Najib Akhirnya Bersuara! Memang WIN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak sepatutnya memarahi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak melangsaikan hutang.

Pada masa sama, Bekas Perdana Menteri menasihatkan peminjam supaya membayar hutang pendidikan masing-masing mengikut kemampuan kerana akibat langkah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang populis dan tidak bijak, kerajaan sedang mengalami tekanan fiskal yang teruk.

Beliau berkata peminjam PTPTN sudah dihasut selama 10 tahun oleh Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membayar balik pinjaman, namun kini sering pula peminjam dimarahi dan dilabel sebagai tidak amanah.

“Mereka tidak sepatutnya dimarah sebagai tidak amanah, memalukan bangsa sendiri dan kini dimarah supaya mengabaikan janji manifesto PH.

“Peminjam PTPTN hanya mahu menuntut PH untuk tunaikan janji mereka.

“Sudah jatuh ditimpa tangga,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini.

“Kerajaan sudah kehilangan hasil sebanyak RM40 bilion setiap tahun selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), melaksanakan semula subsidi pukal dan mengalami ketirisan dalam pengutipan cukai korporat dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan meminta pihak tertentu terutamanya pembangkang supaya tidak mengaitkan isu hutang PTPTN dengan manifesto PH ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata setiap peminjam perlu berusaha untuk melunaskan hutang berkenaan kerana ia dituntut di dalam Islam.

Sumber BH

Najib kemuka 17 soalan khas di Facebook buat Guan Eng

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan 17 soalan khas buat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk membantu menteri berkenaan dan orang awam memahami fakta dan kebenaran.

Najib melalui catatan di Facebook peribadinya itu berkata, Guan Eng masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikannya tentang hal ehwal ekonomi negara.

“Oleh itu, saya kemukakan 17 soalan untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya,” katanya, malam tadi.

Berikut merupakan soalan kepada Guan Eng.

1. Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) selama 3 bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14?

2. Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST disifarkan pada Jun 2018?

3. Adakah benar Malaysa adalah satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka?

Adakah benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan?

4. Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk?

5. Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku kedua 2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak 2008) daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion bagi tahun sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5 peratus bagi suku kedua 2018 adalah di bawah unjuran, Ringgit menyusut sebanyak 30 sen berbanding Dolar Amerika, berpuluh bilion ringgit pelaburan saham dan modal keluar dari Malaysia manakala Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut dari AS$110 bilion setiap bulan kepada AS$103.9 bilion sehingga 15 September 2018. 

6. Adakah benar tekanan utama terhadap kewangan negara tahun depan ialah kehilangan pendapatan RM40 bilion setahun berikutan penghapusan GST dan peningkatan subsidi pukal?

7. Adakah benar pembatalan dan penangguhan pelbagai projek turut menyebabkan kehilangan pekerjaan baru dan sedia ada selain penyusutan pertumbuhan ekonomi menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan negara akan terjerumus ke dalam kemelesetan tidak lama lagi?

8. Adakah benar disebalik dakwaan PH Malaysia akan bankrap selama 10 tahun sebelum ini dan kononnya kerajaan terdahulu tidak pandai mengurus ekonomi, BN secara konsisten berjaya mengurangkan defisit bajet setiap tahun, meningkatkan BR1M, meningkatkan gaji kakitangan awam dan gaji minimum serta mengekalkan pertumbuhan KDNK antara tertinggi di dunia termasuk mengatasi Singapura sejak 2011 manakala eksport meningkat setiap tahun?

Adakah sebab inilah mengapa Guan Eng pada minggu lalu berkata ekonomi Malaysia masih kukuh dengan menyatakan lapan faktor kepada kenyataan itu.

9. Adakah benar dengan menyalahkan saya dan kerajaan lalu adalah alasan paling mudah untuk digunakan sebagai ‘keputusan sukar’ bagi bajet akan datang di mana dijangkakan bantuan untuk rakyat akan dihentikan, pinjaman kerajaan akan meningkat dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah biarpun ia sebenarnya adalah akibat polisi, perancangan teruk dan salahtadbir anda sendiri yang menjadi penyebabnya?

10. Adakah benar, sebagaimana pernah saya jelaskan dua kali sebelum ini, adalah mustahil wang disatukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat "buffer" dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan dan saya pernah tanya dua kali kepada Guan Eng untuk beri jawapan pada jadual di bawah untuk tunjukkan kepada rakyat bagaimana ia berlaku namun tidak pernah dijawab?

11. Adakah benar jika dakwaan anda benar sekalipun kononnya ia hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, anda mempunyai akses kepada akaun kerajaan dan dengan mudah untuk mendapatkan jawapan ke mana wang itu dibelanjakan? Kenapa tanya saya pula?

12. Adakah benar disebalik anda mendakwa lebih 1.5 juta orang akan terkesan dari tuntutan LHDN yang tidak dikembalikan, tiada seorang pun ahli parlimen PH pernah menyuarakan isu ini sepanjang 10 tahun lalu dan tak pernah menjadi masalah namun tiba-tiba ia menjadi masalah?

13. Adakah benar, anda hanya mengetahui kononnya terdapat kelompongan RM35 bilion bagi tuntutan GST dan LHDN selepas 3 bulan anda menjadi menteri kewangan dan secara kebetulan selepas anda mengetahui terdapat lonjakan tinggi bagi tuntutan input GST selepas GST sifar pada Jun 2018.

14. Adakah benar, saya sudah bertanya berulangkali kepada anda untuk memulakan RCI terhadap ‘kehilangan RM35 bilion’ ini berikutan jumlahnya yang besar namun anda tidak berani beri jawapan?

15. Adakah benar liabiliti kontijensi dilaporkan secara telus setiap tahun termasuk dibawah akaun BNM dan ia sekaligus buktikan bahawa kerajaan lalu tak pernah sembunyikan sebarang hutang atau liabiliti kontijensi?

16. Jika benar hutang negara adalah RM1 trilion sebagaimana dakwaan anda dan kita berada di pinggir krisis kewangan, mengapa kesemua agensi penarafan kewangan antarabangsa, IMF dan Bank Dunia berikan kita penarafan A?

Bolehlah Guan Eng menyatakan secara terbuka bahawa agensi penarafan kewangan antarabangsa itu semua serta IMF dan Bank Dunia tidak kompeten atau bersengkongkol dengan kerajaan lalu untuk menipu dunia?

17. Guan Eng juga menyebut dalam kenyataannya hari ini bahawa tiada kaitan antara harga minyak dan nilai Ringgit disebalik pelbagai kajian dan analisa menyatakan sebaliknya. Mungkin Guan Eng terlalu malas untuk membaca, mungkin dia boleh rujuk kepada carta di bawah (saya lukis kerana mungkin dia malas baca)?

Dalam pada itu Najib berkata, banyak lagi rujukkan yang boleh dicari beliau jika Guan Eng benar-benar mahu menambah pengetahuan mengenai hubungan nilai Ringgit dengan harga minyak.

“Saya tahu Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab semua soalan-soalan di atas ini tetapi saya tetap mahu kemukakan agar rakyat faham,” katanya.

Najib turut menyindir soalan-soalan yang dikemukakannya ini mungkin mengundang lebih banyak kenyataan akhbar lagi oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP, Lim Kit Siang dengan tujuan untuk memarahinya.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Guan Eng adalah ahli politik yang berbakat, terutama dalam memutarbelit dan gemar menyalahkan orang lain dalam menyakinkan penyokongnya, tetapi ini adalah ekonomi sebenar yang berlandaskan kepada fakta angka sebenar dan akan memberi kesan kepada kehidupan 31 juta rakyat Malaysia selain masa depan negara ini.

“Tiada sekelumit putarbelit pun akan membantu anda jika pengurusan serta polisi anda teruk,” katanya.

Sumber SH

"What the hell is happening to this country?" - TMJ

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini menyelar cadangan seorang mufti supaya had umur minimum perkahwinan perempuan diturunkan kepada 14 tahun.

Dalam satu kenyataan dimuat naik dalam laman Twitter rasminya, Tunku Ismail bertitah ia adalah tidak masuk akal sama sekali.

“Jadikan umur perkahwinan untuk kanak-kanak perempuan kepada 14 tahun sebagai sah? Apa yang sedang berlaku di negara ini? Ini betul-betul gila,” titah baginda.

Tunku Ismail turut memberi maklum balas terhadap komen yang diutarakan netizen dan memberitahu baginda akan membawa isu berkenaan ke Mesyuarat Majlis Raja-raja.

“InsyaAllah, saya rasa isu ini akan dibawa ke Majlis Raja Raja. Banyak lagi isu yang akan dibawa.

“Saya tidak mempunyai kuasa di negeri lain. Saya hanya boleh berkongsi pandangan tetapi di Johor perkara ini tidak akan berlaku,” titah baginda.

Kenyataan Tunku Ismail adalah susulan saranan yang dibuat Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar semalam, yang tidak bersetuju had umur minimum perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun.

Aziz dipetik berkata, individu patut dibenarkan berkahwin awal sesuai dengan hukum syarak, malah mencadangkan had usia diturunkan kepada 14 tahun bagi remaja perempuan dan 16 tahun bagi lelaki.

Sumber BH

Isu PTPTN terus hangat, semua orang nak ulas

ISU Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih tidak berkesudahan.

Malah ia juga kembali menjadi perdebatan hangat netizen di laman sosial Facebook apabila Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan pendirian beliau berhubung perkara itu apabila mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidas sikap tidak jujur PTPTN yang enggan membayar hutang.

Disebabkan keengganan itu menyebabkan hutang tekumpul yang tidak dibayar sebanyak RM36 bilion.

Seorang pelayar, Abdul Manaf Ahmad mempersoalkan, siapakah yang menghasut peminjam selama bertahun tahun supaya jangan membayar hutang PTPTN semasa BN berkuasa dahulu, kalau bukan pemimpin PH sendiri.

"Sekarang marah pula kata tak tahu malu.  Sepatutnya atok (Tun Dr Mahathir Mohamad) yang tak tahu malu. Manifesto kata hapus hutang PTPTN, kenapa tidak hapus sekarang sedangkan PH sudah berkuasa. Saya syorkan peminjam PTPTN jangan bayar biar, atok bayar hutang semua itu," tulisnya.

Alias Pokyah pula berkata, dia pun berasa malu kerana janji penghapusan PTPTN tidak ditunaikan oleh kerajaan sekarang sebagaimana perjanjian dalam manifesto sebelum ini.  

"Malu lagi, apabila keluar kenyataan peminjam (yang) berpendapatan RM4,000 baharu dibenarkan membuat pembayaran. Akhirnya ditarik balik dan didaftarkan dan disenarai hitamkan pula. Lebih malu kerajaan baru lebih fokus pada isu Datuk Seri Najib (DSN).  Dan mengabaikan ekonomi yang dilaung-laungkan tenat," tulisnya.  

Nizarman Razak pula berkata, pengajaran untuk semua, apabila nak berjanji tengok kemampuan diri, ukur baju di badan sendiri, namun demi meraih undi mereka sanggup janji bukan-bukan.

Namun, ada juga kalangan pelayar tidak bersetuju dengan pendapat tersebut,  kerana peminjam yang berkemampuan perlu bayar sahaja hutang pinjaman tersebut tanpa memberikan pelbagai alasan.

Antaranya, Chia Hui Yeong berpendapat, bagi golongan yang mampu tetapi degil enggan bayar hutang PTPTN yang patut berasa malu.

"Saya rasa ramai yang cuba cari alasan untuk tidak bayar balik, bukan mereka tidak mampu, RM4000 hanya alasan, siapa kata gaji dua-tiga ribu tidak mampu nak bayar? Mesti jadikan satu displin dan kebiasaan untuk bayar balik hutang.

"Kalau tidak ada kerja, itu boleh dikecualikan. Tetapi kalau sudah bekerja, walaupun gaji tidak tinggi, bayar balik sekadar RM50 sebulan pun jadilah, yang penting ada displin dan hasrat untuk bayar balik hutang. Apabila gaji naik, baru bayar lebih sikit, takkan itu pun tak boleh?," katanya.

Perkara itu disokong Tam Mohammad, kerana Perdana Menteri bukan tuju kepada semua.  

"Sudah pinjam dan habis belajar bayar jelah. Bukan susah pun, kalau tidak mampu bayar dengan amaun masa dalam perjanjian awal.  Pergi ke PTPTN buat perjanjian baharu. Cakap nak bayar dengan nilai sekian-sekian. bukan susah pun sebab RM50 sebulan pun boleh bayar.

Tulisnya lagi, jangan memberi pelbagai alasan kerana mereka yang beralasan itu mampu berjalan sana sini dan membeli itu ini, tetapi tidak mampu membayar hutang pelajaran. 

Mohdali HT mula memberi cadangan, agar menolak bil astro sebulan, prepaid sebulan dan kurangkan makan makananan segera, RM100  sebulan pasti mampu dibayar.        

Bagi Salwani Saba pula, mencadangkan agar peminjam bayar sahaja hutang itu.

"Nama pun pinjaman. Dulu semasa sain (tandatangan surat perjanjian), setuju.  Elok blacklist (senarai hitam) sahaja mereka semula.  Fikir-fikirlah bakal-bakal pelajar baharu yang nak pinjam," tulisnya.

Sumber SH

Kecoh kedai mamak di Sri Hartamas tertayang video tak senonoh


Kecoh di media sosial tentang sebuah restoran 'mamak' tertayang video 'dewasa' yang mengejutkan semua pelanggannya. 

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter itu menunjukkan para pelanggan terkejut sampai berdiri melihat adegan yang tidak ingin dilihat itu.
"Mamak salah play video. Kecoh" tulisnya yang memuat naik video tersebut pada jam 2.10 petang tadi dan telah dikicau semula lebih 5,000 kali. 

Berdasarkan video berdurasi 28 saat itu, para pelanggan kecoh dan tidak kurang juga yang ketawa melihat insiden yang tidak disengajakan itu sebelum video itu dihentikan menyebabkan ada segelintirnya kecewa. 

Menurut komen-komen netizen, kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Sri Hartamas. 

"Sekarang ni, mamak pun dah tak selamat. Ane pun dah jadi ***. Harap-harap tak kena r*b* ngan ane time lepak mamak nanti," kata netizen.

Ada netizen menyarankan mana-mana individu yang berada di tempat kejadian itu membuat laporan atau aduan kepada pihak berkuasa kerana menjadi satu kesalahan menayang mahupun menyimpan video-video tidak senonoh.

Sumber TR

'Refund balik duit deposit aku!!' - Mangsa dakwa lelaki ini batalkan sewaan dan enggan kembalikan deposit RM2,200


Hasrat pasangan ini berpindah ke rumah baru di Blok G18, Seksyen 2 Wangsa Maju, terbantut apabila seorang wanita ini mendakwa dia dianiaya oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. 

Luahan yang dimuat naik di Facebooknya sebentar tadi mendakwa, lelaki yang hanya dikenali sebagai 'MAE' (nama singkatan) itu enggan memulangkan wang deposit yang telah dibayar sebanyak RM2,200, meskipun telah diminta oleh pengadu (LR), untuk berbuat demikian berkali-kali.

Difahamkan, keluarga pengadu telah diminta berpindah keluar oleh pemilik rumah sewa yang terkini sebelum 15 Mei. Oleh kerana itu, pengadu perlu segera mencari rumah sewa yang lain. 

Wanita kemudian berminat dengan sebuah rumah sewa dan dia telah membuat bayaran wang deposit RM2,200 kepada lelaki (menantu) yang menjadi wakil kepada pemilik rumah sewa itu. 

Bagaimanapun, MAE kerap menangguh dan membatalkan urusan sewaan rumah itu menyebabkan LR tidak berpuas hati dan meminta wang depositnya dikembalikan. MAE berjanji akan memulangkannya tetapi sehingga ke hari ini dia masih belum berbuat demikian. Berang dengan MAE, LR mengambil keputusan untuk viralkan perkara itu di media sosial miliknya. 

"Tolong viralkan mamat ni. Al-kisah, dia ni menantu kepada pemilik rumah sewa, cancel deposit last minute dan sampai sekarang duit deposit belum dipulangkan. Cancel atas sebab tak sempat nak uruskan. Bukan sikit deposit, RM2,200. Memang nak report polis dan viralkan di media sosial juga. 

"Saya berurusan dengan dia pada 11 April dan dia sebagai orang tengah yang mewakili bapa mertua dia. Saya buat pembayaran deposit penuh tanpa resit dan dia janji nak beri agreement tetapi bertangguh-tangguh sampai 3-4 kali. 

"Kali terakhir dia janji nak serahkan kunci pada 28 April, tetapi dia tak datang. Janji jam 11 pagi, tapi dah lebih sejam kami menunggu. 

"Apabila kami cuba menghubungi dan menghantar mesej, langsung tidak dijawab. AKhirnya dalam jam 2 petang dapat mesej daripada dia yang meminta maaf dan set semula masa untuk serahkan kunci di waktu malam. 

'Abah dia lah. Ingat saya tunggul ke?'

"Semasa on the way itu, saya mesej beritahu dia yang kami dah gerak. Dia balas yang dia nak kembalikan wang bayaran deposit. Masa itu kami memang menyirap sangat-sangat. 

"Okey, tak apa. Saya suruh dia refund segera sebab nak cari rumah lain. Malah saya juga meminta nombor telefon bapa mertua dia dan biar kami yang deal dengannya. 

"Menyirap saja baca mesej dia. Gila  betul, rumah sekarang dah tender, 15 Mei kena keluar sebab tuan rumah dah jumpa penyewa baru. Kalau tak jumpa rumah lain, alamatnya memang merempatlah kami. 

"Tetapi sampai sekarang duit bayaran deposit masih belum dipulangkan. Bukan tak boleh bersabar, kami nak gunakan duit deposit itu untuk sewa rumah lain. Bukan banyak sangat duit pun. 

"Dia kata dia duduk di Kajang. Agak-agak ada sesiapa yang mengenali lelaki ini, tarbiah dia dan suruh dia pulangkan duit saya. Sudahlah menyusahkan orang," katanya. 

Justeru, LR menasihatkan orang ramai berhati-hati jika mahu menyewa dengan lelaki terbabit. Dia juga berharap MAE memulangkan wang depositnya atau dia tidak akan memadamkan post tersebut.

"Kepada sesiapa yang nak menyewa rumah dia itu, berhati-hatilah. Pemilik rumah sewa cerewet nak mampos! Korang bacalah mesej saya dengan lelaki ini.

"Bagi tempoh, tengok dia pulangkan duit deposit itu atau tidak dalam tempoh yang diberikan. Selagi tak selesai, post ini tak akan dipadamkan," katanya.

Sumber TR














'Setiap malam dia buat macam tu' - Suami pening dengan perangai pelik isterinya, buat netizen terhibur


Baru empat bulan berkahwin, lelaki ini mengaku dia berasa amat bahagia dengan isterinya yang serba serbi pandai dalam menguruskan hal rumah tangga. Empat bulan pertama, segalanya indah seperti mana pasangan lain. 

Akan tetapi, di dalam keindahan itu terselit juga keperitan dan juga kengiluan. Mungkin bagi sesetengah orang tidak percaya hal seperti ini boleh berlaku. Tetapi bagi lelaki ini, dia terpaksa bertahan kerana tidak mahu isterinya menangis. 

ASSALAMUALAIKUM admin. Aku sangat-sangat memerlukan bantuan skuad makcik-makcik bawang dalam ini. Aku tak ada masalah rumah tangga. Cuma bini aku ni, aku tak tahulah nak cakap macam mana. 

Umur aku 27 dan bini aku 23 tahun. Kami baru berkahwin empat bulan. Alhamdulillah aku dapat perempuan yang bukan sahaja comel bambam, tapi manja, lembut, sopan, pandai memasak dan kelakar. 

Tetapi satu perangai pelik bini aku yang membuatkan aku pening kepala nak hadap setiap hari. Bila nak tidur malam, bini aku ada perangai duk nyonyot puting aku sampai dia tertidur. 
Macam kelakar? Macam lawak? Tetapi aku tak tipu wei! Tiap-tiap malam dia buat macam tu. Kalau aku tak bagi, dia menangis pula. 

Tolonglah makcik-makcik bawang, aku dah buntu nak mencari jalan macam mana nak ceraikan susu dengan bini aku walaupun aku tak ada susu. 


Aku letak minyak gamat pun tak jalan. Nak tanya keluarga, aku malu. Nak tanya member, mampos kena bahan jadah apanya badan ketul-ketul tapi bini buat nyonyot je puting. Lagipun aku nak jaga air muka bini aku juga. 

Tobat ngilu bak hang dia dok gigit-gigit. Tolonglah aku makcik-makcik bagi idea macam mana nak buat bini aku stop buat benda tu. Aku terseksa setiap malam. 

Sumber: Suami Trauma (Kisah Rumah Tangga) 

Jawapan netizen: 

"Cuba letak sirap, tak pun letak kicap ke. Nanti lama kelamaan dia berhentilah meminta. Kalau tak boleh jalan juga, belikan dia puting brand Avent. Jenama ini bagus untuk mengelakkan gigi dia menjadi jonggang," kata netizen.

Sumber TR

Wanita Kesal Kandungan Gugur Disebabkan Pakai Krim Timbang Kilo!

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

‘Inilah kisah nasi dah jadi bubur. Bahan krim bermekuri, sampai kandungan jadi gugur. Jadikan pengajaran.’

Kebanjiran produk-produk kecantikan dengan harga mampu milik membuatkan ramai wanita terjebak untuk mencubanya. Wanita dan keinginan untuk menjadi cantik tidak dapat dipisahkan.

Antara produk kecantikan yang popular sejak dua menjak ni adalah krim timbang kilo. Selain harganya yang murah, ia juga mudah untuk diperolehi. Bukan nak dengki dengan usahawan yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan ini, tapi bahana yang bakal dihadapi si pemakai juga harus dititikberatkan.

Terbaharu, seorang wanita mendakwa keguguran akibat memakai krim timbang kilo. Setelah disiasat, produk kecantikan yang digunakan olehnya itu rupanya mengandungi merkuri.

Berikut apa yang dikongsikan si pengadu:

“Aku ada kisah nak share tapi segan nak bagitahu sendiri. Kisah sedih aku dengan krim kilo. Sampai sekarang aku masih rasa bersalah.”

“Ni bukan sebab kulit. Ni sebab dalaman aku.” 

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

Disahkan oleh doktor mengandung, tapi kandungan tak sempurna

Wanita tersebut mendakwa, dia telah disahkan hamil pada 16 August 2017 dengan kandungan berusia 12 minggu 3 hari. Namun semasa pemeriksaan dilakukan di klinik, doktor memaklumkan bahawa kandungannya dalam keadaan tak sempurna. Semua ini ada kena-mengena dengan sesuatu (produk) yang dipakai olehnya.

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

Kandungan gugur, dapat tahu krim ada mercuri 

Selepas mengalami keguguran, mangsa ada terbaca mengenai krim Ro**l Ex**rt yang dikatakan mengandungi kandungan mercuri yang tinggi. Apa yang lebih mengejutkan, dia telah memakai krim tersebut selama setahun lamanya! 

Rasa tak sedap hati dengan apa yang dibaca, mangsa terus menghubungi doktor untuk bertanya, betul atau tidak krim tu jadi penyebabnya.

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

Benda dah berlaku kan, nak buat macam mana. Harap-harap lebih berhati-hatilah di masa hadapan masa memilih produk yang sesuai dipakai untuk kulit. 

Jahil tentang produk kecantikan, pakai masa mengandung

Selepas dapat mengetahui hal yang sebenar, mangsa tidak berani untuk memaklum perkara ini kepada sesiapapun termasuk ahli keluarga kerana takut dipersalahkan. Dia juga mengaku telah memakai produk tersebut semasa hamil kerana percaya ia produk yang bagus.

Wanita Kesal Kandungan Gugur Gara-gara Pakai Krim Timbang Kilo

“Jangan bagitahu orang lain sebab family aku sendiri pun aku tak cerita. Aku tak kuat untuk disalahkan.

“Masa tu aku jahil. Ingatkan yang warna warni je bahaya. Sebab Ro**l ni bau macam ubat-ubat sikit. Tu aku confident,” kata wanita tersebut.

Kepada anda di luar sana berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya dengan produk seperti ini kerana bahan yang mengandungi mercuri ni memang buruk kesannya kepada tubuh badan.

Inilah kisah nasi dah jadi bubur. Bahan krim bermekuri, sampai kandungan jadi gugur. Jadikan satu pengajaran. Skuad, doakan wanita ini semoga beroleh zuriat.

Apa-apapun rujuklah doktor yang bertauliah dahulu sebelum nak cuba apa-apa produk yang korang tak biasa tengok di pasaran atau farmasi macam Guardian dan Watson. Takut-takut bila dah jadi macam ni, menyesal pun tak guna.

Biar muka tak berapa nak lawa, asalkan badan sihat!  

Nyawa pelajar nyaris melayang gara-gara cas telefon ketika tidur


PETALING JAYA: Perbuatan mengecas telefon pintar ketika sedang tidur bukanlah sesuatu yang asing, namun ramai  tidak menyedari tindakan itu sebenarnya membahayakan nyawa.

Akibat itu juga seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) nyaris kehilangan nyawa apabila bilik sewanya di Setapak, Kuala Lumpur terbakar dan diselebungi asap.

Dakwa Syuhairah Mohd Yusof, insiden itu dipercayai berlaku kerana dia menggunakan pengecas telefon bimbit murah berharga RM5.

"Saya terjaga kerana mengalami sesak nafas dan terkejut melihat api  terlalu dekat dengan tilam tempat saya tidur.

"Saya panik kerana mungkin mati akibat lemas dalam kepulan asap yang sangat tebal," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Pelajar ijazah Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) itu bertindak pantas memadamkan api menggunakan kain basah bagi menghalang api merebak lebih teruk.

Dalam insiden  pada pukul 3.30 pagi Selasa itu, api dipercayai berpunca dari sambungan plug soket dan merebak ke sebahagian tilam yang terletak bersebelahannya.

Posting Syuhairah mengenai insiden itu tular di Facebook dan menerima lebih 4,500 tanda suka (likes) serta mendapat 9,897 perkongsian.

Keadaan tilam Syuhairah yang hangus terbakar dijilat api.

Kata pelajar yang berasal dari Tanjung Malim, Perak itu, dia hairan apabila mendapati telefon bimbitnya tidak mengalami sebarang kerosakan dalam insiden itu.

"Ketika saya tersedar, api sudah 'makan' separuh daripada kabel telefon. Tapi mujurlah telefon saya masih elok digunakan.

"Saya harap orang di luar sana elakkan perbuatan mengecas telefon ketika tidur kerana kita tidak tahu bila kejadian tidak diingini berlaku," ujarnya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Menurut Syuhairah, dia menyewa di bilik tersebut kerana sedang menjalani latihan amali di sebuah firma swasta di ibu negara.

Pelajar tersebut terpaksa mengambil cuti sakit kerana melecur di bahagian tangannya ketika cuba memadamkan api tersebut.

SUMBER MSTAR

Polis nafi gajah merayau di R&R Titiwangsa di Gerik!

Polis menafikan kononnya seekor gajah liar merayau-rayau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, Jalan Raya Timur Barat yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata pihaknya hanya menerima laporan daripada pegawai Perhilitan Gerik bahawa seekor gajah liar muncul di tepi pagar belakang surau di kawasan R&R Titiwangsa kira-kira 6 petang Jumaat lepas.

“Kemunculan gajah itu, yang makan pokok palma di situ, hanyalah di tepi pagar belakang surau dan buat seketika sahaja sebelum ia beredar ke dalam hutan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata kehadiran gajah liar di kawasan itu dipantau sepenuhnya oleh beberapa pegawai Perhilitan Gerik.


"Orang ramai yang berada di situ cuba menghampiri gajah tersebut untuk merakam gambar tetapi dinasihatkan pegawai Perhilitan supaya tidak berbuat demikian kerana bimbang ia terkejut dan boleh mendatangkan bahaya,”katanya.

Sehubungan itu, Ismail meminta orang ramai supaya mendapatkan pengesahan berita daripada pihak tertentu terlebih dahulu sebelum menyebarkannya di media massa.

Kesalahan menyebar berita tidak benar boleh disabitkan mengikut undang-undang baharu iaitu Akta Antiberita Tidak Benar 2018, katanya.

- Bernama
SUMBER MKINI

Habis video ni?

'Doktor kata berpunca dari jamu' - Wanita hilang sebelah ovari kerana dimamah 'jamu'


Para pengguna khususnya golongan wanita seringkali diberi peringatan agar berhati-hati apabila membeli dan menggunakan produk-produk kecantikan termasuk jamu di pasaran kerana terdapat banyak lambakan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Sudahlah tidak berdaftar, bahan-bahan yang digunakan pula tidak diketahui dari mana asal usulnya menyebabkan para pengguna terdedah kepada bahaya dan kesan sampingan yang boleh mendatangkan masalah kesihatan. 

LAGI confession pengamal jamu. Kali ini jamu 'Sweet D***' by Kak KM. Alah yang iklan bukan main terkinja itu. Ini ada seorang mangsa jamu dia sampai kena buang ovari sebelah. Kita tengok dia mampu terkinja lagi ke tak. 

Kejap lagi adalah Me-layu yang cakap ini semua fitnah nak menutup periuk nasi orang katanya. Orang-orang seperti ini elok kita suruh dia saja bayar treatment mangsa-mangsa jamu ini semua. 

Testimoni nak yang elok saja. Ini testimoni ovari orang yang dah barai ini jangan lupa letak sekali nanti sewaktu promote jamu. Kau tunggu kejap lagi ada alasan cliche pengguna jamu:

"Aku makan elok je, dia salah makan tu." 

"Salam abah, ada benda nak share. Tapi nanti kalau nak post tolong sangat-sangat abah edit ye. Jangan nampak nama kawan saya. Kisahnya saya betul-betul menyesal suggest pada kawan saya makan jamu kak km. Dia makan bermula bulan Januari. Februari, dia dah masuk hospital. Tapi hari ini dia baru beritahu saya."

Nak beritahu ni, sorry kalau terasa ke apa. Aku dah buang sebelah ovari aku. Ada infection, rosak tube aku bagailah. Sekarang aku berada dalam pantang. Doktor kata berpunca dari jamu atau aku minum manis seperti air milo bagai, tetapi jamu one off la. 

So aku rasa sebab jamu kak km itu la. Kau jangan makan tau. Rahim aku rosak, kena buang. Kau jangan makan tau, buang saja. Bukan tuduh jamu itu, ini kan kerja Allah. 

Selepas makan jamu itu, aku mula rasa sakit. Tapi doktor dah diagnos aku punya infection, kesan dari jamu. Mungkin orang lain okey, aku saja yang jadi begini. Mungkin aku minum minuman manis, gaya pemakanan ke, tak tahulah. 

Tetapi sebab one off diagnos itu ada jamu. Doktor ada sebut dan doktor nak tengok jamu itu. Aku kata aku dah buang. Aku tak adalah report tentang brand jamu itu. Tetapi memang rosak rahim dan tube aku sampai kena buang sebab ia jadi memburuk di dalam dan ada kuman makan bahagian dalaman aku. 

Mungkin berpunca dari aku juga yang salah makan macam-macam. Tetapi kalau boleh jangan makan jamu itu, sebab takut jadi begini. 
Kau jangan consume apa-apa pun jenis jamu lagi kecuali yang kau rasa betul-betul bagus dan memang mak-mak makan ke.