Surat tular adalah lampiran bukan surat rasmi

Surat tular adalah lampiran bukan surat rasmi - Salam/Hi sahabat Kini Press, Dalam perkongsian kali ini bertajuk [ Surat tular adalah lampiran bukan surat rasmi ], kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Artikel Media Sosial, Artikel Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video atau baca artikel berita berkenaan.

Tajuk : Surat tular adalah lampiran bukan surat rasmi
Link Video/Artikel/Berita : Surat tular adalah lampiran bukan surat rasmi

---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---

About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Baca juga


Surat tular adalah lampiran bukan surat rasmi

JOHOR BAHRU: Surat rasmi Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang tular kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia sehingga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka adalah bahagian lampiran.

Perkara itu ditegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How dalam satu kenyataan media yang menyatakan halaman hadapan surat berkenaan yang menggunakan kepala surat Ahli Majlis MBIP adalah dalam bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memuat naik surat berkenaan dalam laman sosial Instagramnya sebagai provokatif.

“Berkenaan dengan surat jemputan perbincangan dari Ahli Majlis MBIP yang dituduh oleh Mohamed Khaled di laman Instagramnya dan PAS Iskandar Puteri dalam laman Facebooknya dianggap sebagai tindakan provokatif.

“Halaman surat yang disebarkan hanya halaman lampiran yang ditulis dalam bahasa Mandarin serta Inggeris.

“Pejabat ADUN Perling kesal dengan tindakan Mohamed Khaled dan PAS yang sememangnya sengaja menimbulkan keraguan di hati masyarakat berbilang kaum di dalam negara ini serta tindakan mereka itu tidak patut dicontohi oleh masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya.

Beliau bagaimanapun, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara berkenaan dan bertanggungjawab menjawab segala tohmahan yang dilemparkan.

“Surat jemputan perbincangan itu sebenarnya ditulis dalam bahasa Malaysia dan halaman bertulis dalam tulisan Mandarin serta Inggeris itu hanyalah sekadar lampiran daripada kepala surat yang asal iaitu surat jemputan berbahasa Malaysia.

“Perkara ini tidak menjadi masalah sekiranya kepala surat itu turut dipamerkan dan halaman lampiran itu hanya disertakan kerana kami juga mahu memanjangkan jemputan itu kepada orang awam yang bukan berbangsa Melayu di kawasan Jalan Jaya Mas dan Jalan Silat Cekak,” katanya.

Tegasnya, dalam surat yang tular, jika diteliti tidak mengandungi nombor rujukan dan tarikh berbanding surat halaman hadapan yang rasmi.

“Ini bermakna surat berkenaan hanyalah sekadar lampiran berbanding yang ditulis dalam bahasa Malaysia dan mempunyai nombor rujukan serta tarikh,” katanya.

Sumber BH