Nyawa pelajar nyaris melayang gara-gara cas telefon ketika tidur

Nyawa pelajar nyaris melayang gara-gara cas telefon ketika tidur - Salam/Hi sahabat Kini Press, Dalam perkongsian kali ini bertajuk [ Nyawa pelajar nyaris melayang gara-gara cas telefon ketika tidur ], kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Artikel Media Sosial, Artikel Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video atau baca artikel berita berkenaan.

Tajuk : Nyawa pelajar nyaris melayang gara-gara cas telefon ketika tidur
Link Video/Artikel/Berita : Nyawa pelajar nyaris melayang gara-gara cas telefon ketika tidur

---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---

About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Baca juga


Nyawa pelajar nyaris melayang gara-gara cas telefon ketika tidur


PETALING JAYA: Perbuatan mengecas telefon pintar ketika sedang tidur bukanlah sesuatu yang asing, namun ramai  tidak menyedari tindakan itu sebenarnya membahayakan nyawa.

Akibat itu juga seorang pelajar tahun akhir Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) nyaris kehilangan nyawa apabila bilik sewanya di Setapak, Kuala Lumpur terbakar dan diselebungi asap.

Dakwa Syuhairah Mohd Yusof, insiden itu dipercayai berlaku kerana dia menggunakan pengecas telefon bimbit murah berharga RM5.

"Saya terjaga kerana mengalami sesak nafas dan terkejut melihat api  terlalu dekat dengan tilam tempat saya tidur.

"Saya panik kerana mungkin mati akibat lemas dalam kepulan asap yang sangat tebal," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Pelajar ijazah Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) itu bertindak pantas memadamkan api menggunakan kain basah bagi menghalang api merebak lebih teruk.

Dalam insiden  pada pukul 3.30 pagi Selasa itu, api dipercayai berpunca dari sambungan plug soket dan merebak ke sebahagian tilam yang terletak bersebelahannya.

Posting Syuhairah mengenai insiden itu tular di Facebook dan menerima lebih 4,500 tanda suka (likes) serta mendapat 9,897 perkongsian.

Keadaan tilam Syuhairah yang hangus terbakar dijilat api.

Kata pelajar yang berasal dari Tanjung Malim, Perak itu, dia hairan apabila mendapati telefon bimbitnya tidak mengalami sebarang kerosakan dalam insiden itu.

"Ketika saya tersedar, api sudah 'makan' separuh daripada kabel telefon. Tapi mujurlah telefon saya masih elok digunakan.

"Saya harap orang di luar sana elakkan perbuatan mengecas telefon ketika tidur kerana kita tidak tahu bila kejadian tidak diingini berlaku," ujarnya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Menurut Syuhairah, dia menyewa di bilik tersebut kerana sedang menjalani latihan amali di sebuah firma swasta di ibu negara.

Pelajar tersebut terpaksa mengambil cuti sakit kerana melecur di bahagian tangannya ketika cuba memadamkan api tersebut.

SUMBER MSTAR