Tajuk : Lima tahun menuntut di universiti, kumpul hutang RM30,000
Link Video/Artikel/Berita : Lima tahun menuntut di universiti, kumpul hutang RM30,000
---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---
About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Lima tahun menuntut di universiti, kumpul hutang RM30,000
KOTA BHARU: Lima tahun belajar, hanya untuk kumpul hutang RM30,000.
Hajat untuk dapat kerja setimpal dengan kelulusan pula berakhir dengan kekecewaan.
Ini realiti yang berlaku di Kelantan, malah di beberapa negeri lain juga.
Pekerjaan tidak setaraf kelulusan antara yang membelenggu selain isu peluang pekerjaan yang terhad.
Mohamad Zarul Shariman, 27, adalah salah seorang daripada mereka.
Zarul ada ijazah dalam bidang pengurusan dan pembangunan data, namun kerana enggan menganggur, dia kini sekadar terlibat dalam bidang rekaan grafik, dengan gaji bawah RM1,500 sebulan.
"Ini kerja pertama saya sejak tamat pengajian, saya terus terima tawaran tanpa fikir dua kali, kerana tidak mahu mengalami nasib seperti rakan lain yang sanggup menganggur kerana dambakan kerja setaraf dengan kelulusan mereka," Zarul buka cerita.
Realitinya Zarul berkata, hasrat mendapat pekerjaan setaraf kelulusannya ibarat bermimpi di siang hari.
Syarikat-syarikat berkaitan bidangnya tidak banyak di Kelantan dan lebih tertumpu di bandar besar.
"Seumur hidup saya, saya tak pernah keluar dari Kelantan, saya tak pernah impi kerja di bandar besar, saya nak duduk dekat dengan orang tua," jelas Zarul mengapa dia enggan ikut rakan-rakan lain berhijrah.
Saya tanyakan kepada Zarul, apa perasaan bila kerjanya tidak setimpal dengan kelulusan.
"Saya rasa macam dah buang masa lima tahun, kecewa pun ada, dengan buat hutang PTPTN RM30,000, bila pegi 'interview' diorang sekadar melihat sijil SPM, degree yang saya ada tak lihat langsung.
"Skop kerja saya sekarang, kalau pekerja lepasan sekolah menengah pun boleh buat, kemahiran tu boleh belajar ikut YouTube, tapi ini sahaja pilihan yang ada, kita redha sahaja," luah Zarul kecewa.
Zarul lebih senang bekerja di Kelantan kerana ingin tinggal berdekatan dengan keluarga.
Zarul juga berkongsi cerita bagaimana dia terpaksa memohon kepada PTPTN untuk melanjutkan tempoh pembayaran pembiayaan pengajian, kerana mahu kurangkan beban perbelanjaan bulanan.
"Saya hanya mampu bayar RM100 sebulan dan selepas rundingan, PTPTN beri kebenaran bayar amaun itu," jelasnya.
Bila habisnya kalau sekadar RM100 sebulan bayaran semula? Saya bertanya.
"Nampak gaya, saya habis hutang PTPTN pada usia 60 tahun, sampai pencen pun berhutang, ada lagi 33 tahun. Harap-harap ada rezeki dapat kerja gaji setimpal dengan apa yang saya belajar selama ini," kata Zarul.
Menurut Zarul ketika ini dia berniaga kecil-kecilan untuk tampung serba sedikit kos sara hidup.
Dia juga dalam proses mendaftar untuk jadi pemandu perkhidmatan Grab.
Tetapi kata Zarul, tiga kerja yang dilakukan, pun masih belum cukup setimpal dengan gaji mereka yang berkelulusan ijazah.
Tapi, siapalah dia hendak merungut berlebihan.
Untung Zarul, masih ada pekerjaan, tinggal di bumi kelahiran, dekat dengan ibu bapa dan paling penting tidak perlu berhijrah dan berdepan cabaran lain di kota besar pula.
SUMBER AWANI