'Puas hati la kena 10 jahit pun...'

'Puas hati la kena 10 jahit pun...' - Salam/Hi sahabat Kini Press, Dalam perkongsian kali ini bertajuk [ 'Puas hati la kena 10 jahit pun...' ], kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Artikel Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video atau baca artikel berita berkenaan.

Tajuk : 'Puas hati la kena 10 jahit pun...'
Link Video/Artikel/Berita : 'Puas hati la kena 10 jahit pun...'

---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---

About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Baca juga


'Puas hati la kena 10 jahit pun...'


Seorang lelaki terpaksa menerima 10 jahitan di tangan kiri ketika bergelut untuk menangkap suspek yang memecah masuk rumah jirannya di Kampung Banggol Tok Ajal, Tanah Merah, malam tadi.

Dalam kejadian 9.15 malam itu, suspek berusia 20-an itu memecah masuk rumah jiran mangsa yang tidak berpenghuni.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mangsa berusia 45 tahun ke rumah terbabit untuk mengambil air sebelum menyedari cermin tingkap rumah itu diumpil seseorang.

“Dia pulang ke rumahnya untuk mengambil parang bagi mempertahankan diri dan mengarahkan isterinya memberitahu penduduk kampung supaya membantu menangkap suspek.

“Pengadu cedera di tangan kiri akibat terkena parangnya sendiri ketika bergelut dengan suspek yang cuba untuk meloloskan diri," katanya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang cuba bersembunyi di kawasan semak berhampiran akhirnya diberkas penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa yang cedera di tangan kiri dibawa ke Hospital Tanah Merah dan menerima 10 jahitan.

“Suspek yang memiliki 11 rekod jenayah sebelum ini pernah ditahan berkaitan kes dadah, jenayah, curi kenderaan dan keganasan rumah tangga.

“Tahanan reman terhadapnya dikenakan mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya.

SUMBER METRO