“Boleh ke saman tanpa pakai uniform?”

“Boleh ke saman tanpa pakai uniform?” - Salam/Hi sahabat Kini Press, Dalam perkongsian kali ini bertajuk [ “Boleh ke saman tanpa pakai uniform?” ], kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Artikel Hiburan, Artikel Media Sosial, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video atau baca artikel berita berkenaan.

Tajuk : “Boleh ke saman tanpa pakai uniform?”
Link Video/Artikel/Berita : “Boleh ke saman tanpa pakai uniform?”

---↓ Teruskan membaca di bawah ↓---

About Domain Name
Domain name - Do you know what is domain name? Domain name is an identification string that defines a realm of administrative autonomy, authority or control within the Internet. Domain names are formed by the rules and procedures of the Domain Name System. Any name registered in the DNS is a domain name. Domain name search - How to search for domain name? You can use various domain name provider website for domain name search. Find your perfect domain name. From premium domains to cheap domains, search for and register your domain name. Buy domain name - Where to buy domain name? How to buy domain name? Kindly visit any domain name provider website to buy domain name and follow their guide to buy domain name. For example, namecheap, godaddy and other domain name provider. Domain name generator - What it is? Domain name generator can help you to generate various domain name for your business and personal needs. It may give some ideas for your domain name.

Baca juga


“Boleh ke saman tanpa pakai uniform?”


PETALING JAYA: Biarpun seluruh kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di semua lebuh raya sudah diwartakan sebagai bebas dan larangan merokok pada 2014, masih terdapat orang awam yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Terkini, penyanyi rap Caprice memuat naik video mengenai pengawal peribadinya dikenakan kompaun di R&R Temerloh, Pahang pada Ahad kerana kesalahan merokok di luar tandas kawasan tersebut.

Caprice menerusi video itu menunjukkan surat denda tersebut yang didakwanya telah dikeluarkan oleh seorang pegawai yang tidak beruniform.

Enggan melatah, Caprice berkata kepada mStar Online bahawa tujuan beliau memuat naik video tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang larangan berkenaan dan bukannya mahu mempersoalkan bidang tugas pegawai di pejabat kesihatan.

"Ramai yang merungut di R&R dan saya rasa serba salah kerana tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu (pegawai tanpa uniform).

"Jadi, saya muat naik video di Instagram untuk mendapatkan jawapan daripada mereka yang lebih arif," katanya yang dalam perjalanan menuju ke Universiti Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu untuk menyampaikan ceramah motivasi Jihad in Education.

Melalui video tersebut, Caprice bertanya: "Boleh ke orang bagi saman tanpa pakai uniform? Adakah ia dibenarkan?"

Penyanyi rap itu berasa masih ramai orang awam yang tidak mengetahui tentang larangan tersebut dan berharap tiada lagi rakyat Malaysia yang keliru sekiranya mereka dikenakan kompaun oleh pegawai yang tidak memakai uniform.

Penyanyi lagu 'Xde Hal Bro' itu juga mendakwa dia tidak menggalakkan orang awam untuk merokok, namun memahami kebanyakan mereka berbuat demikian untuk kekal berjaga ketika memandu terutamanya bagi perjalanan yang jauh.

"Ada pengikut saya di Instagram yang bertanya jika mereka tidak boleh merokok di R&R, di manakah mereka boleh berbuat begitu?

"Saya berpendapat perlu ada zon yang dikhaskan untuk merokok seperti yang terdapat pada beberapa bangunan komersial. Mungkin ia akan menyelesaikan masalah dan kekeliruan," jelas selebriti itu.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mewartakan R&R sebagai kawasan bebas dan larangan merokok termasuk kawasan makan dan tandas.

Mereka yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda antara RM250 dan RM500.

SUMBER MSTAR